Info Pelan

Udara yang Saya HirupSampel

The Air I Breathe

HARI 1 DARIPADA 5

Anda Seorang Penyembah



Anda, kawanku...seorang penyembah! Memang betul.



Setiap hari, sepanjang hari, ke mana-mana pun anda pergi, anda menyembah. Itulah yang anda lakukan. Itulah identiti anda.



Saya tidak tahu sama ada anda menganggap diri anda sebagai seseorang yang "menyembah", tetapi anda sememangnya tidak dapat mengelak daripada menyembah—sesuatu.



Itulah sebabnya anda dicipta.



Penyembahan adalah respons kita terhadap apa yang kita paling hargai. Penyembahan adalah menyatakan, “Orang ini, perkara ini, pengalaman inilah yang paling penting bagi saya...perkara yang saya utamakan dalam kehidupan saya.”



"Perkara" itu mungkin satu hubungan. Impian. Kawan. Status. Harta. Gelaran. Suatu keseronokan. Walau bagaimana pun anda memanggilnya, perkara ini atau orang ini adalah apa yang ditentukan dalam hati anda sebagai paling berharga. Maka, perkara yang paling berharga bagi anda itu adalah apa yang anda sembah.



Ada di kalangan kita menghadiri gereja, menyatakan bahawa menyembah Tuhan yang hidup adalah keutamaan kita. Sesetengah orang yang jarang ke gereja akan menyatakan bahawa menyembah bukan sebahagian daripada kehidupan mereka kerana mereka tidak "beragama.” Namun, setiap orang memiliki mazbah. Dan setiap mazbah itu mempunyai satu takhta.



Jadi, bagaimanakah anda tahu di mana dan apa yang anda sembah?



Ianya mudah. Anda hanya perlu mengikut jejak masa, kesukaan, tenaga, wang, dan kesetiaan anda. Di penghujung jejak itu anda akan menjumpai satu takhta; dan perkara, atau orang, yang berada di atas takhta itu adalah apa yang paling anda hargai. Pada takhta itu adalah apa yang anda sembah.



Sudah pasti, tidak ramai di antara kita yang berkata, “Saya menyembah harta saya. Saya menyembah Xbox saya. Saya menyembah kerja saya. Saya menyembah keseronokan ini. Saya menyembah dia. Saya menyembah tubuh saya. Saya menyembah diri saya!”



Walau bagaimanapun, jejak itu tidak menipu. Kita mungkin berkata kita menghargai perkara ini atau perkara itu lebih daripada perkara lain, tetapi tindakan kita adalah lebih jelas daripada kata-kata kita. Akhirnya, penyembahan kita lebih berkenaan apa yang kita lakukan daripada apa yang dikatakan.



Penyembahan adalah aktiviti jiwa manusia. Manusia bukan sahaja menyembah, tetapi mereka menyembah sepanjang masa. Penyembahan bukan sesuatu yang dilakukan pada hari Ahad sahaja. Ia adalah sesuatu yang dilakukan sepanjang waktu.



Jika seseorang yang tidak dikenali memerhatikan tindakan dan kata-kata anda sepanjang 24 jam lalu, apakah yang akan disimpulkannya tentang apa yang anda sembah?



  


Hari 2

Perihal Pelan

The Air I Breathe

Renungan YouVersion 5 hari daripada Louie Giglio. Tahukah anda bahawa anda dicipta untuk menyembah? Sama ada anda menyembah Allah atau wang atau hubungan, anda sedang menyembah sesuatu atau seseorang setiap hari. Persoal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami