Info Pelan

Udara yang Saya HirupSampel

The Air I Breathe

HARI 4 DARIPADA 5

Kitar Penyembahan



Penyembahan bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, ia juga sesuatu yang kita lakukan bersama.



Dengan kata lain, respons kita dalam menyembah Allah bersifat peribadi dan bergabung. Setiap jenis respons saling berkait antara satu sama lain. Melalui Kristus, kita dihubungkan semula dengan Allah, dan dalam Dia kita saling berkait antara satu sama lain. Setiap orang antara kita memainkan peranan yang unik.



Saya tidak bercakap tentang agama terancang, tetapi organisma yang dikenali sebagai gereja. Jika anda seorang yang mempercayai Allah, Dia telah menjadikan anda sebahagian daripada tubuh-Nya, umat-Nya. Sebahagian daripada penyembahan anda bertujuan berhubung dengan orang percaya di sekitar anda.



Tujuan utama gerjea (umat Allah) adalah menyembah. Pada asasnya, gereja wujud untuk memuliakan Allah. Tanpa kehidupan dan suara anda, ungkapan tubuh adalah tidak lengkap.



Meskipun di persekitaran bergabung, penyembahan tidak bermula dengan aktiviti berkumpulan. Ia bermula dengan respons masing-masing terhadap apa yang telah dinyatakan oleh Allah kepada kita tentang diri-Nya. Respons tersebut tidak berlaku seminggu sekali...ia berlaku hari demi hari.



Kita tidak dicipta untuk menjalankan penyembahan setiap minggu, tetapi untuk hubungan penyembahan peribadi setiap waktu yang menjadi sebahagian daripada kehidupan kita seperti udara yang kita hirup.



Apabila kita berkumpul bersama dengan orang percaya yang lain dalam penyembahan, kita membawa fokus yang sama seperti dalam perjalanan harian kita. Kita membawa penumpuan berazam yang sama.



Sebahagian besar daripada hidup saya, saya fikir kita pergi ke gereja untuk menyembah. Namun, sekarang saya melihat bahawa pendekatan yang lebih baik adalah membawa penyembahan ke gereja.



Apakah yang akan berlaku jika kita membawa penyembahan ke gereja, dipenuhi kesedaran akan hadirat-Nya sebelum kita sampai di gereja? Sudah tentu tugas pemimpin penyembahan akan menjadi lebih senang! Persembahan bersama kita juga pasti bertambah.



Bolehkah anda melihatnya? Semua aliran penyembahan peribadi kita mengalir ke sebatang sungai yang berkelimpahan. Sebuah lagu puja yang berkuasa. Satu mozek yang cantik, mengisahkan cerita yang lebih hebat tentang siapa Allah dan apa yang telah dilakukan-Nya.



Orang meninggalkan persekutuan demikian dipenuhi ilham yang belum pernah dialami sebelum ini untuk mencari-Nya. Dan mereka akan datang semula membawa penyembahan mereka, memulakan kitar penyembahan sekali lagi. 



Kitar penyembahan adalah lengkap. Tidak putus.



Mengapakah Allah mereka bentuk penyembahan untuk bersifat peribadi dan bergabung? Bagaimanakah dua bentuk penyembahan itu saling mengukuhkan?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Air I Breathe

Renungan YouVersion 5 hari daripada Louie Giglio. Tahukah anda bahawa anda dicipta untuk menyembah? Sama ada anda menyembah Allah atau wang atau hubungan, anda sedang menyembah sesuatu atau seseorang setiap hari. Persoal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://waterbrookmultnomah.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami