Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 9 DARIPADA 30

Apabila Allah menjelma menjadi Yesus Kristus untuk menghapuskan dosa, manusia tidak melihat apa-apa pada-Nya yang harus didambakan. Namun, apabila hati seorang yang berdosa disentuh, keadaan hati dan fikiran itu berupaya memahami sebab mengapa Allah perlu menjadi manusia. Keadaan manusia yang paling teruk adalah apabila dia langsung tidak perasan akan atau disabitkan dosa, segala sesuatu yang menggembirakan dan aman, tetapi betul-betul mati terhadap lingkungan yang diwakili Yesus.



Sebahagian besar daripada kita berfikiran cetek, kita tidak berfikir tentang Kenyataan. Kita sibuk dengan keselesaan sebenar, dengan kemudahan dan kedamaian sebenar, dan apabila Roh Allah datang dan mengganggu keseimbangan kehidupan kita, kita memilih untuk tidak mempedulikan hal yang dinyatakan-Nya.



Soalan Renungan: Mengapakah kedamaian yang diletakkan di tempat yang salah begitu berbahaya? Mengapakah kedamaian yang mudah itu hanya sementara? Mengapakah keselesaan itu musuh kedamaian?



Petikan daripada Bringing Sons into Glory dan The Psychology of Redemption, © Discovery House Publishers
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami