Info Pelan

Bagaimana BerdoaSampel

How To Pray

HARI 4 DARIPADA 4

Pernahkah anda dibuli? Tiada orang yang menyukai itu. Apabila orang lain bersikap jahat terhadap kita, tindakan ini menyakitkan kita dan membuat kita marah atau sedih. Apabila perkara yang tidak disukai terjadi kepada kita dalam hidup ini, kita mungkin berdoa kepada Allah meminta-Nya untuk menghalang perkara buruk daripada terjadi atau menghentikan orang yang bersikap jahat terhadap kita.




Walau bagaimanapun, kebenarannya ialah--berdoa kepada Allah bukan sahaja tentang perubahan situasi atau tentang cara orang lain melayan kita. Ada satu sebab yang amat penting lagi untuk berdoa kepada Allah. Semasa kita berdoa kepada Allah, tindakan ini bukan sahaja berkuasa untuk mengubah orang lain; tindakan ini berkuasa untuk mengubah siapa kita ini.




Semasa kita berdoa dan terus berhubungan dengan Allah, Dia membentuk kita dan mengubah hati kita untuk menjadi lebih menyerupai hati-Nya.




Dalam episod ini, Tyler menemui pembuli, Jimmy Hinkle. Tyler berdoa agar Jimmy tidak kacaunya, tetapi keadaannya seolah-olah menjadi semakin teruk. Tontonlah Tyler berhenti berdoa tentang situasi itu, dan mula berdoa untuk Jimmy, dan keadaannya beransur baik dalam episode terakhir Life of Tyler ini.




Soalan: Mengapakah anda rasa Allah mahu kita terus berdoa meskipun Dia tidak menjawab doa kita dengan serta-merta?






Hari 3

Perihal Pelan

How To Pray

Pelan bacaan empat hari ini dikhaskan untuk golongan remaja menerokai apa yang dikatakan dalam Alkitab tentang doa. Ikuti cerita Tyler semasa ia mempelajari maksud bercakap dengan Allah. Setiap hari, anda akan membaca sa...

More

Kami berterima kasih kepada Switch, suatu pelayanan Life.Church, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami