Bagaimana BerdoaSampel

Kita bercakap dengan orang lain setiap hari--keluarga kita, kawan kita, dan murid di bilik darjah. Adakah Allah termasuk dalam senarai percakapan anda setiap hari?
Inilah doa. Berdoa bermaksud bercakap kepada Allah dan mendengar-Nya. Kita perlu berkomunikasi untuk menjalin hubungan dengan orang lain. Kita bercakap kepada Allah dalam doa setiap hari supaya kita boleh menjalinkan hubungan dengan-Nya. Oleh itu, doa adalah penting.
Walaupun kita berdoa dan bercakap kepada Allah, kita tidak selalu menyedari bahawa sebenarnya Allah membalas. Dia ingin terus berkomunikasi dengan kita sepanjang hari, minggu, dan hayat kita.
Dalam episod Life of Tyler ini, Tyler mengajukan soalan dalam perjalanannya untuk mendapat tahu tentang doa. Ia mendapati bercakap dengan Allah bermakna bercakap dan mendengar.
Soalan: Berapa kerap anda bercakap dengan Allah?
Perihal Pelan

Pelan bacaan empat hari ini dikhaskan untuk golongan remaja menerokai apa yang dikatakan dalam Alkitab tentang doa. Ikuti cerita Tyler semasa ia mempelajari maksud bercakap dengan Allah. Setiap hari, anda akan membaca satu petikan Alkitab, menonton cerita itu, dan belajar bersama-sama dengan Tyler semasa ia mengajukan soalan yang besar tentang maksud bercakap kepada Allah melalui doa.
More
Pelan yang Berkaitan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Benih: Apa dan Mengapa

Dimeterai - Bahagian 1

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
