Info Pelan

The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 3 DARIPADA 31

Kemudian: Mengamalkan Fokus Masa Depan



Kita telah mengatakan bahawa langkah pertama The Legacy Journey—Sekarang—menghendaki anda untuk menundukkan kepala dan memfokus pada pengaturan kewangan keluarga anda. Anda belajar hidup berjimat, dan anda bekerja keras untuk menjelaskan hutang. Anda membuat kemajuan yang stabil. Barangkali, buat pertama kalinya dalam masa yang lama, anda melihat harapan!



Sekarang membantu anda mengatasi perkara yang paling mendesak. Contohnya, anda harus memulakan dana kecemasan pemula berjumlah $1,000. Anda juga harus membina satu pelan untuk menjelaskan hutang anda. Satu cara—yang dipanggil Curahan Salji Hutang—melunaskan hutang terkecil dahulu, sesudah itu menggunakan apa yang digunakan untuk membayar hutang terdahulu untuk menjelaskan hutang terkecil yang seterusnya. Ini membolehkan anda untuk meraikan beberapa kemenangan semasa anda berusaha untuk menjelaskan semua hutang anda. Apabila anda adalah bebas hutang, anda boleh mengisi dana kecemasan anda supaya boleh meliputi perbelanjaan tiga hingga enam bulan.



Apakah langkah seterusnya? Apakah yang berlaku apabila anda mula mengawal beberapa perkara yang mengikat anda selama ini?



Anda beralih daripada Sekarang ke peringkat yang dipanggil Kemudian.



Pada peringkat Kemudian, tekanan mula berkurang dan anda mula menelengkan kepala. Anda mula melihat melewati situasi semasa anda dan mula berfikir tentang masa depan. Kemudian mencabar anda untuk mengamalkan fokus masa depan.



Kemudian memarakan anda. Anda mula berjimat untuk persaraan dan untuk dana kolej anak anda. Anda mula membayar gadai janji. Perkara yang terbaik adalah anda mula sedar bahawa wujudnya masa depan melewati gaji seterusnya.



Amsal 29:18 menyatakan bahawa bangsa tanpa bimbingan Allah menjadi bangsa yang penuh kekacauan. Kemudian memberikan anda kebebasan untuk menerima bimbingan Allah supaya anda boleh berkembang maju pada masa akan datang. Alternatifnya adalah kekacauan—dan tiada orang menginginkan itu!



Apabila anda meneruskan The Legacy Journey, hiduplah dengan bimbingan yang menyemarakkan semangat anda. Sesudah itu, gunakan semangat itu untuk mengembangkan warisan anda melewati apa yang dapat dibayangkan sebelumnya.



Membina warisan yang kekal tidak berlaku secara kebetulan. Anda perlu bersikap sengaja. The Legacy Journey akan memberikan anda pemahaman yang lebih mendalam tentang pelaburan, perancangan estet asas, melindungi warisan anda, dan menemui kunci kekayaan generasi dan kemurahan hati yang sebenar. Layari daveramsey.com/legacy untuk ketahui lebih lanjut.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami