The Legacy JourneySampel

The Legacy Journey

HARI 31 DARIPADA 31

Hadiah Warisan

Craig Groeschel, pastor salah sebuah gereja yang terbesar di Amerika, mengajukan soalan yang banyak dipertimbangkan saya sejak akhir-akhir ini: "Mengapakah satu-satunya berkat daripada Allah yang membuat kita rasa bersalah ialah kekayaan?"

Itu adalah soalan yang sangat baik. Saya rasa saya tahu jawapannya: Ramai orang tidak memahami bahawa sebenarnya kekayaan adalah satu berkat daripada Allah!

Kita hidup dalam budaya yang dipenuhi suara toksik tentang kekayaan. Suara tersebut membuat kita rasa bersalah kerana bertindak dalam cara yang betul dan menjadi berjaya kerana kerja keras kita. Menurut mereka, kita seharusnya berasa sesal apabila produktiviti dan kreativiti kita menghasilkan kejayaan.

30 hari yang lalu, anda memulakan perjalanan ini dengan melihat Pengkhutbah 5:19. Kini, anda pulang ke asal. Anda telah belajar tentang kuasa warisan dan bagaimana mengambil langkah permulaan ke arah membina sesuatu yang akan hidup lebih lama daripada anda. Sekarang adalah masa yang baik untuk melihat kata-kata Salomo lagi: Wang dan kekayaan adalah hadiah daripada Allah! Ia adalah ganjaran untuk kerja yang jujur.

Bergerak maju dalam kebenaran itu.

Saya ingin mencabar anda untuk menentang suara yang memberitahu anda kekayaan adalah jahat. Saya mahu anda membina kekayaan dan bersara tanpa menjejaskan maruah anda. Saya mahu anda mengubah salasilah keluarga anda dan mengubah komuniti anda sepenuhnya. Saya mahu anda fikir tentang apa yang boleh dilakukan umat Allah untuk kerajaan Allah jika mereka tidak berhutang dan mengendalikan wang Allah berdasarkan prinsip-Nya!

Ingatlah bahawa anda dipanggil untuk membina kekayaan untuk kerajaan Allah. Saya tidak berminat untuk mengumpulkan harta benda atau cuba menggunakan harta benda untuk menggembirakan diri. Pembinaan kekayaan adalah tentang pengurusan, bukan pemilikan. Ia bukan tentang menjadi kaya; ia adalah tentang Allah yang kaya dan anda menguruskan kekayaan demi kemuliaan-Nya.

Itulah mesej The Legacy Journey. Anda telah mengambil langkah pertama yang besar dengan renungan ini. Teruskan!

Untuk ketahui lebih lanjut tentang The Legacy Journey, sila layari daveramsey.com/legacy.

Hari 30

Perihal Pelan

The Legacy Journey

Dave Ramsey merupakan suara yang dipercayai tentang wang dan perniagaan. Selepas kebankrapannya pada usia 30 tahun, Dave mula mempelajari cara Allah dalam menguruskan wang. Kini, Dave mengabdikan hidupnya untuk mengajar orang lain tentang cara mengawal wang mereka supaya mereka boleh menjalankan kehidupan dan memberi dalam cara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sepanjang 31 hari yang akan datang, Dave akan membimbing anda melalui apa yang dikatakan Alkitab tentang wang dan kewangan serta cara untuk hidup dan meninggalkan warisan untuk generasi akan datang.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ramsey kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: daveramsey.com/legacy