Adven: Kristus Akan Datang Kembali!Sampel

Advent: Christ Is Coming!

HARI 3 DARIPADA 91

NYALAKAN LILIN

Kita menantikan Mesias!
Adakah anda menjalankan hidup bersyukur kepada Yesus pada hari ini?

BACAAN ALKITAB

Perjanjian Allah dengan Nuh
Kejadian 6-7

BERIKAN RESPONS DALAM PENYEMBAHAN

Menyembah dengan Kehidupan Anda
Allah menyediakan satu cara untuk menyelamatkan Nuh dan keluarganya daripada bah, bahtera. Apakah "bahtera" yang telah Allah sediakan untuk keselamatan anda (lihat Roma 5:8-9)? Adakah anda mempercayai-Nya? Nuh berjalan bersama Allah. Adakah anda berjalan bersama Allah atau dengan dunia? Kongsikan tentang waktu di mana anda telah berjalan bersama Allah dan/atau bergumul dengan dunia. Adakah Allah setia kepada anda?

Menyembah dalam Doa
Gunakan Alkitab untuk memuja, mengaku, memuji, dan bersyukur kepada Allah.

Menyembah dengan Lagu
Nyanyikan, "Hai Mari Berhimpun."

Perihal Pelan

Advent: Christ Is Coming!

Renungan adven daripada Thistlebend Ministries ini adalah untuk keluarga atau individu demi menyediakan hati untuk meraikan Mesias. Penegasan khusus diberikan kepada apakah yang dimaksudkan dengan kedatangan Kristus kepada kehidupan kita pada masa kini. Direka bentuk untuk dimulakan pada 1hb Disember. Agar keluarga anda dapat membuat kenangan yang kekal semasa anda menggunakan panduan ini untuk melihat kasih perjanjian Bapa yang teguh untuk setiap seorang daripada anda.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thistlebendministries.org