Info Pelan

Adven: Kristus Akan Datang Kembali!Sampel

Advent: Christ Is Coming!

HARI 1 DARIPADA 91

Adven adalah satu musim penantian penuh harapan selama 4 minggu yang diraikan di seluruh dunia.Ia adalah masa untuk menyediakan hati kita untuk melihat Penyelamat kita, Mesias yang dinubuatkan.Ia adalah satu waktu renungan dan untuk mengajar anak-anak kita tentang kelahiran dara, kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus.Diharapkan musim ini akan menarik hati kita kembali untuk merenungkan apa yang telah dilakukan dan menggerakkan kita ke arah tahun pengharapan yang baru dan kesediaan untuk kemunculan seterus-Nya yang mulia!



NYALAKAN LILIN



Kita menantikan Mesias!

Jelaskan adven kepada keluarga anda dan rancanglah masa untuk ini setiap hari.Buat 25 takuk atau tanda pada sebatang lilin panjang dan tuliskan nombor 1-25 (dengan penanda kekal) di sebelah setiap tanda itu.Nyalakan lilin itu pada setiap malam apabila anda membuka Firman Allah secara bersendirian atau dengan keluarga dan biarlah ia membakar satu takuk setiap malam.



BACA ALKITAB



Perjanjian Allah dengan Ciptaan dan Manusia

Kejadian 1:27-28, 2:16-17 dan Yeremia 33:19-22



MEMBERI RESPONS PUJIAN



Menyembah dengan Hidup Anda

Allah sentiasa memenuhi janji perjanjian-Nya.Firman-Nya adalah pasti.Adakah anda mempercayai-Nya?

Tumpukan perhatian pada kata-kata anda.Adakah anda memenuhi janji anda?

Adakah anda mengucapkan apa yang dimaksudkan dan memaksudkan apa yang diucapkan?



Menyembah dengan Doa

Gunakan Alkitab untuk memuja, mengaku, memuji, dan bersyukur kepada Allah.



Menyembah dengan Lagu

Nyanyikan, "Hai Makhluk Alam Semesta."


Hari 2

Perihal Pelan

Advent: Christ Is Coming!

Renungan adven daripada Thistlebend Ministries ini adalah untuk keluarga atau individu demi menyediakan hati untuk meraikan Mesias. Penegasan khusus diberikan kepada apakah yang dimaksudkan dengan kedatangan Kristus kepa...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thistlebendministries.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami