Segala Sesuatu yang BaruSampel

All Things New

HARI 2 DARIPADA 5

Saya pernah berfikir jika saya mengasihi Allah dan membuat pilihan alkitabiah yang bertanggungjawab, saya akan diberkati dengan sesetengah versi kehidupan yang sangat baik, tidak langsung berpatah hati atau mengalami bencana atau sakit. Semakin tua, saya menyedari secara beransur-ansur bahawa mengikuti Allah tidak menjamin pakej premium ini, keselamatan ini. Namun, entah kenapa saya rasa jika saya memainkan peranan saya Allah wajib memainkan peranan-Nya: memberikan saya kehidupan yang sangat didambakan kita di Amerika dan melindungi saya daripada penderitaan. 

Untuk dicatat secara rasmi, saya percaya ketaatan menghasilkan berkat dan bahawa Allah suka memberi kita kurniaan material dan hubungan, sering kalinya sebagai respons terhadap kita yang mengikuti-Nya. Meskipun demikian, pemahaman saya tentang bagaimana penderitaan masuk—atau tidak masuk—pada tempatnya dalam paradigma iman Kristian yang lebih besar masih kurang. Alkitab menyatakan bahawa penderitaan mempunyai tempatnya dalam kehidupan kita, Ibrani 2:10 juga menjelaskan bahawa Yesus menjadi sempurna melalui penderitaan. Perkara yang terlepas perhatian saya semasa saya rindu akan apa yang buat saya rasa baik dan cuba melindungi diri daripada segala yang aku takuti "melanda aku" (dalam kata-kata Ayub) adalah agak mudah: penderitaan adalah sebahagian daripada berkat. 

Memikirkan penderitaan tidak harus menggentarkan hati kita kerana Allah hadir terutamanya dalam penderitaan kita. Kita tidak juga menjadikan kehidupan yang dipenuhi penderitaan, penderitaan demi agama, dan menjadi mangsa demi nama Yesus sebagai matlamat. Pokoknya, kita tidak harus berasa takut akan penderitaan, tetapi kita tidak perlu mencari-carinya juga. 

Paulus membuka suratnya kepada orang Korintus dengan mengakui dua sifat Allah yang menyertai kita dalam penderitaan (kesusahan atau kesengsaraan) kita. Perhatikan bahawa Paulus tidak berkata Allah adalah Bapa yang berbelas kasihan (merciful Father), walaupun Dia memanglah Bapa yang berbelas kasihan, sebaliknya dia berkata bahawa Dia adalah Bapa yang penuh belas kasihan (Father of mercies). Dia merupakan sumber dan asal semua belas kasihan. Dia merupakan sumber pertama dan satu-satunya sumber belas kasihan—Bapa yang daripada-Nya semua belas kasihan melimpah-ruah. Ini merupakan anjakan paradigma bagi orang yang melihat Allah sebagai seseorang yang bersifat baik hati sekali-sekala sahaja. 

Marilah mempertimbangkan bahasa asal perkataan belas kasihan. Ia bermaksud "Perut di mana terletaknya belas kasihan, hati berbelas kasihan, emosi, kerinduan, penyataan simpati" atau "isi perut." Apabila kita melihat definisi perkataan ini, kita mengalami perasaan yang kuat. Berdasarkan Alkitab, saya mahu anda untuk mendengar hari ini bahawa Tuhan bersimpati dengan anda. Dia mengasihi anda dengan penuh belas kasihan dan rahmat.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

All Things New

Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeWay Women kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.lifeway.com/allthingsnew