Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel

7 Things The Bible Says About Anxiety

HARI 1 DARIPADA 7


Sama ada disebabkan oleh masalah kewangan, hubungan yang tegang, atau beban kerja yang berat, kebimbangan boleh meresapi kehidupan kita dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin perasaan tidak senang sepanjang hari, penuh resah dan tidak dapat tidur, atau serangan kebimbangan yang teruk.


Jika anda adalah seorang Kristian yang menghadapi kebimbangan, perasaan pertama anda adalah rasa bersalah. “Patutkah saya berasa seperti ini jika saya adalah orang Kristian yang sejati?” adalah fikiran yang kerap menghantui anda. Dalam petikan Alkitab hari ini, penulis Mazmur 55:23 memberitahu kita untuk menyerahkan kekhuatiran kita kepada Tuhan, dan Dia akan membela kita.


Perhatikan bahawa ayat ini tidak memberitahu kita bahawa kita harus memahami kehidupan. Ia tidak menyatakan bahawa kita tidak akan mengalami kebimbangan. Sebaliknya, ia menyatakan apabila kita mempunyai beban, kita harus menyerahkannya kepada Tuhan.


Inilah berita baiknya: anda sedang melakukannya! Dengan membaca Pelan Alkitab ini, anda mengakui bahawa anda tidak dapat menghapuskan kebimbangan anda sendiri, tetapi anda memerlukan bantuan Bapa syurgawi anda. Apa pun keadaan anda, ia adalah tempat yang terbaik buat anda—berlari ke arah Tuhan.


Inilah carbaran saya kepada anda pada hari ini: ambillah selangkah lagi untuk menyerahkan beban anda kepada Tuhan. Berikut adalah beberapa idea lain:


  • Luangkan 5 minit dalam doa pada hari ini dan beritahu Tuhan tentang hal yang membimbangkan anda.
  • Catatkan perasaan anda dan bagaimana ianya mempengaruhi anda dalam buku harian.
  • Berjumpa dengan seorang kawan Kristian yang dipercayai dan menceritakan kebimbangan anda kepadanya.
     

Jordan Wiseman
Ahli Strategi Media YouVersion


Hari 2

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Anxiety

Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitan...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami