Anda Belum Siap LagiSampel

You're Not Finished Yet

HARI 4 DARIPADA 5

Maraton Ini yang Digelar Kehidupan

Saya suka berlari, walaupun saya bukanlah pelari yang serius. Idea saya tentang berlari ialah berlari lima batu perlahan-lahan, dan apabila saya berkata perlahan-lahan, saya memaksudkan ibu yang menolak kereta sorong bayi boleh memotong saya. Kawan saya, Dawn, yang mengembara berjalan kaki menaiki gunung dengan saya ialah pelari yang sebenar. Dia selalu bersaing dalam maraton dan telah membina daya ketahanan fizikal dan mental untuk perjalanan yang jauh. Dia sudah lama berlari untuk mengetahui rasanya letih lesu, satu konsep yang tidak pernah saya alami kerana saya tidak berlari cukup jauh!

Letih lesu ialah keadaan yang hanya dapat diatasi oleh pelari dengan minda mereka sahaja. Keletihan ini lebih bersifat mental daripada fizikal, meskipun ketika keadaan fizikal yang tidak tertanggung. Dawn pernah menerangkannya kepada saya dengan menggambarkan apa yang berlaku semasa maratonnya yang pertama. Dia sudah berlari 23 batu apabila dia rasa letih lesu. Dia perlu berlari 3.2 batu lagi dalam 36 minit. Itu tidaklah susah jika dia tidak berlari jauh dan mengalami sakit pinggul kiri yang tidak tertahan. Katanya, bahagian kiri otaknya (bahagian yang rasional) memberitahunya untuk berhenti dan berjalan sahaja. Fikiran seperti, Jangan risau tentang matlamat. Orang lain akan faham apabila mereka sedar betapa panas dan sakitnya saya, memekik dalam kepalanya. Namun, sekuat itu jugalah, bahagian kanan otaknya memekik, Masih ada harapan lagi! Perlumbaan belum berakhir! Memang mungkin untuk mencapai matlamat saya. Jangan berhenti berlari!

Pernahkah anda mengalami pertempuran mental seperti itu? Apabila minda anda memekik pada anda? Dalam perlumbaan, keadaan ini berlaku apabila anda rasa letih lesu, apabila anda tidak berdaya lagi, apabila segala tenaga anda telah habis diperah dan seluruh tubuh anda ingin berhenti. Namun, seperti yang dialami oleh Dawn, jauh di sudut hati, kelipan matlamat atau impian merayu agar tidak dipadamkan.

Saya pernah mengalaminya, letih lesu dari segi rohani, mental, dan emosi. Namun pada masa yang sama, saya mempunyai Firman Allah dalam hati dan minda saya. Janji Allah bergema dalam saya pada masa yang sama minda saya meraung-raung agar saya berhenti. Disebabkan oleh janji-Nya, kelipan harapan itu, saya dapat meneruskan dengan menumpukan minda saya pada Allah dan Firman-Nya. Walau berapa kali pun minda saya berlawan untuk berhenti, saya terus mengarahkan semula minda saya daripada fikiran diri kepada apa yang katakan benar oleh Firman Allah.

Anda mungkin mengalaminya sekarang ini. Apakah jeritan minda anda? Mustahil? Sudah terlambat? Anda tidak mampu? Tidak cukup pintar? Sudah tua? Terlalu muda? Kurang terpelajar? Anda boleh memenangi pertempuran dalam minda anda dengan memperbaharui minda anda dengan firman Allah. Anda boleh bertabah dengan menjadikan suara Allah lebih kuat daripada mana-mana suara lain dalam kepala anda.

Doa

Bapa di syurga, terima kasih kerana Firman-Mu. Tolonglah saya untuk menjadi lebih mengetahui apa yang terkandung dalam Firman-Mu supaya saya boleh diubah melalui pembaharuan minda saya, agar saya dapat mengatasi letih lesu saya. Dalam nama Yesus, amin.

Perihal Pelan

You're Not Finished Yet

Adakah anda memiliki apa yang diperlukan untuk meneruskan sehingga tamat? Berjalan menurut tujuan anda untuk perjalanan yang jauh? Semangat dan ketabahan kita sering goyah di tengah-tengah sebarang usaha—kerjaya, hubungan, pelayanan, kesihatan—kerana waktu pertengahan itulah yang kerap kucar-kacir dan susah. Dalam pelan 5 hari ini, Christine Caine mengingatkan kita bahawa kita boleh meneruskan sehingga tamat - bukan kerana kita memiliki kekuatan tetapi kerana Allah memiliki kekuatan.

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.christinecaine.com