Anda Belum Siap LagiSampel

You're Not Finished Yet

HARI 3 DARIPADA 5

Sudah Pasti Seperti Waktu Menyemai dan Waktu Menuai

Anda ada impian? Idea? Keinginan untuk melakukan sesuatu yang mengusik jiwa anda sehinggakan anda sedar Allah telah menempatkannya dalam hati anda? Apabila Allah memberikan kita satu impian, sebenarnya Dia memanggil apa yang telah ditempatkannya dalam kita sebelum kita dilahirkan. Kita penuh potensi untuk rancangan dan tujuan-Nya untuk hidup kita. Namun, kitalah yang memutuskan untuk mengairi benih potensi itu, untuk menjaga tanah hati kita, untuk mengembangkan segala sesuatu yang telah ditempatkan Allah dalam diri kita.

Fikirlah begini: Allah memberikan pokok keupayaan membiak melalui benih. Jika anda pernah membuka kon pain, anda akan melihat benih yang kecil, setiap satunya mempunyai "sayap". Itu bertujuan membenarkan benih itu ditiup oleh angin dan membawanya ke tanah dan mula bertumbuh. Dalam tanah yang sesuai, dalam persekitaran yang betul, benih itu akan bercambah dan bertumbuh menjadi pokok baru yang tinggi. Pokok dewasa sentiasanya terkandung dalam benih, tetapi tiada orang dapat melihatnya sehingga benih itu ditempatkan dalam tanah yang betul dan dipelihara oleh hujan dan matahari.

Demikian juga, benih dalam hati kita—impian, idea, rancangan dan tujuan Allah—bertumbuh apabila kita mengairi semuanya dengan beriman. Benih bertumbuh apabila kita menjaga tanah hati kita, memeliharanya dengan Firman Allah dan menerapkannya dalam hidup kita, lalu menjadikan hati kita tanah yang baik.

Rancangan dan tujuan Allah untuk hidup kita bertumbuh apabila kita terus berjalan dengan-Nya, membina daya ketahanan, dan tabah melaksanakannya sehingga selesai. Demikianlah kita melahirkan impian kita, idea yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Potensi sentiasa ada, tetapi wujud dalam bentuk benih sehinggalah kita melakukan perkara yang perlu untuk membuatnya tumbuh.

Allah mahu kita bertumbuh ke tempat yang seharusnya. Cabarannya ialah hal ini bertentangan dengan budaya kita. Memanglah lebih mudah untuk menjangkau perkara yang segera, mengambil gambar dan memuat naik, perkara yang dapat dipesan dan dihantar pada hari yang sama, tetapi itu bukanlah cara Allah bekerja. Cara Allah tidak segera. Pekerjaan Allah memakan masa. Dengan benih yang perlu dipelihara.

Adakah anda sedar tentang rancangan Allah untuk hidup anda? Dapatkah anda rasa potensi yang dorman dalam diri anda? Potensi ialah perbezaan antara hal yang sebenar dan hal yang mungkin. Potensi merupakan keupayaan yang tersembunyi, kekuatan yang terpendam, kejayaan yang tidak tercapai, kurnia yang dorman, dan bakat tersembunyi yang menantikan perkembangannya. Potensi ialah orang yang anda bakal jadi. Potensi ialah tempat yang boleh ditujui tetapi belum pergi. Potensi ialah segala sesuatu yang boleh dilakukan oleh anda tetapi belum dilakukan lagi. Potensi ialah tempat yang boleh dicapai tetapi belum disasarkan.

Anda tidak perlu mengetahui semua rancangan dan tujuan Allah untuk anda, kerana kebanyakannya akan didedahkan secara perlahan-lahan, tetapi adakah anda mengetahui apa-apa? Mula memelihara benih itu dan lihatlah ia mula bertumbuh. Ia sudah pasti seperti waktu menyemai dan waktu menuai.

Doa

Bapa di syurga, tolonglah saya memelihara benih potensi yang telah Engkau tempatkan dalam saya. Saya ingin bertumbuh di mana Engkau mahu saya pergi. Dalam nama Yesus, amin.

Perihal Pelan

You're Not Finished Yet

Adakah anda memiliki apa yang diperlukan untuk meneruskan sehingga tamat? Berjalan menurut tujuan anda untuk perjalanan yang jauh? Semangat dan ketabahan kita sering goyah di tengah-tengah sebarang usaha—kerjaya, hubungan, pelayanan, kesihatan—kerana waktu pertengahan itulah yang kerap kucar-kacir dan susah. Dalam pelan 5 hari ini, Christine Caine mengingatkan kita bahawa kita boleh meneruskan sehingga tamat - bukan kerana kita memiliki kekuatan tetapi kerana Allah memiliki kekuatan.

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.christinecaine.com