Info Pelan

Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 5 DARIPADA 25

Maria membesar di kampung yang sama dengan Yusuf yang beberapa tahun lebih tua daripadanya. Mereka mungkin saling meminati dari jauh ... Yusuf mungkin menantikan Maria yang disayangi untuk membesar!

Maria berada di rumah pada suatu petang, barangkali menyiapkan pakaian perkahwinannya, atau menjahit tuala untuk rumah barunya apabila dia terasa seseorang berada di bilik itu bersamanya. Dapat difikirkan bahawa Maria memandang sekelilingnya untuk melihat sama ada sesiapa telah memasuki bilik itu.

"Gabriel datang kepada Maria dan berkata, 'Salam sejahtera, hai engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertai engkau!'"

Bagi Maria, hari Natal adalah cabaran memahami apakah itu berkat Allah. Maria akan sedar sangat diberkati oleh Tuhan tidak bermaksud kehidupan bahagia yang tidak terjejas, ia tidak juga menjanjikan bahawa semua impiannya akan direalisasikan. Terdapat pengorbanan yang besar terhadap mereka yang sangat diberkati oleh Allah; secara ringkas, berkat bermaksud bahawa Allah rela menggunakan anda.

Allah rela menggunakan orang muda yang tidak terpelajar dan tidak berpengalaman dalam rancangan besar-Nya untuk manusia. Sebagaimana berkat Allah ditujukan kepada rahim Maria, saya percaya berkat Allah juga ditujukan kepada semua orang dan sesiapa sahaja yang rela menjadi sebahagian daripada strategi Allah pada waktu bersejarah ini.

Bagi Maria, hari Natal adalah tentang menemui keintiman hadirat Tuhan yang tidak pernah dirasakan. Maria bakal menghadapi realiti bahawa berkat itu berlaku apabila Allah menempatkan sebahagian daripada diri-Nya dalam hidupan duniawi. Allah bukan lagi satu konsep semata-mata atau Peribadi Ilahi yang tidak pernah melibatkan diri dalam situasi kehidupan sehari-hari. Disebabkan mesej Gabriel, hadirat Allah sendiri telah memasuki kehidupan gadis muda yang, sebelum ini, tidak memikirkan apa-apa selain Yusuf.

Mengalami berkat Allah dalam cara yang baru adalah salah satu bahagian hari Natal yang terbaik bagi saya! Berfikir bahawa Allah ingin menggunakan saya pada masa ini dalam sejarah adalah suatu hadiah yang tidak pernah dibayangkan akan ditemui di bawah pokok kehidupan hari Natal!

Menemui gaya hidup intim yang baru dalam hadirat Yesus adalah suatu hadiah hari Natal yang mengubah kehidupan daripada Allah kepada anda pada tahun ini.

Hari Natal bermaksud mengisytiharkan kepada dunia anda, "Tuhan menyertai saya ... dan menyertai anda! Memang kejutan yang menakjubkan!"
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami