Info Pelan

Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 9 DARIPADA 25

Pertunangan adalah salah satu masa yang paling menggembirakan dalam kehidupan pasangan muda. Ia adalah masa di mana berjam-jam dihabiskan untuk memikirkan kebahagiaan yang bakal datang. Ia adalah satu masa luar biasa dalam kehidupan seseorang di mana kasih kelihatan sempurna dan boleh dipercayai.

Kisah cinta Yusuf dan Maria diganggu dengan dahsyat dan dalam cara yang tidak dapat diterangkan. Maria hamil dan Yusuf tahu bahawa dia bukan bapa kandungan itu. Yusuf pasti tertanya-tanya sama ada Maria telah dicabul, walaupun dia menegaskan bahawa anak dalam rahimnya telah ditempatkan oleh Roh Kudus.

Adakah Yusuf tertanya-tanya sama ada Maria mengalami delusi? Apakah penjelasan lain yang mungkin bagi perkembangan yang membawa bencana ini? Perkara yang sebelumnya indah kini dibauri dengan kehodohan. Perkara yang dinantikan sebelumnya kini ditakuti.

Jelasnya Yusuf tidak mempercayai cerita Maria kerana dia merancang untuk berpisah dengannya secara diam-diam. Ini adalah pilihan yang paling baik dan penyayang daripada pemuda yang rasa dikhianati. Dia boleh membenarkannya dijeram sebelum bayi itu dilahirkan. Atau, selepas kelahiran anak itu, dia boleh membenarkan kedua-dua ibu dan anak dijeram. Menyuruhnya pergi dan tidak berhubungan lagi adalah pengorbanan penyayang Yusuf yang terbesar.

Adalah mustahil untuk membayangkan kehampaan Yusuf dengan Allah dan orang yang paling dikasihinya dalam dunia ini. Maria merupakan segala-galanya dan kini dia tidak akan bertemu dengannya lagi. Adakah Yusuf mempercayai bahawa gadis idamannya telah kehilangan daranya kepada lelaki lain?

Yusuf tidak layak menerima pengkhianatan atau kepatahan hati ini. Perkara yang "layak diterimanya" adalah hari perkahwinan yang dipenuhi sukacita dan janji kasih muda.

Sekarang, mungkin, reputasi Yusuf sudah tercemar di perjalanan Nazaret dan kawan sebayanya tertawa tertahan-tahan di belakangnya.

Yusuf perlu berhadapan dengan ibu bapa Maria dan ibu bapanya. Walaupun dia tidak bersalah, mereka mungkin tidak mempercayainya. Tiada keriangan cuti bagi pemuda yang hampa dan patah hati ini.

Adakah anda menghadapi kehampaan yang teruk pada hari Natal tahun ini? Doa saya bagi anda adalah agar anda akan membenarkan janji Natal untuk membayangi realiti hidup anda yang menyakitkan. Jangan biarkan hari Natal ditentukan oleh kehampaan anda, tetapi benarkan kehampaan anda untuk diubah selama-lamanya kerana hari Natal.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami