Info Pelan

Kesukaan bagi Dunia Anda! Pengiraan Detik Hari NatalSampel

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

HARI 3 DARIPADA 25

Pada zaman Elisabet, memang biasa bagi wanita hamil untuk tinggal terpencil apabila kehamilan mereka menjadi ketara. Akan tetapi, berdasarkan Alkitab, nampaknya Elisabet hidup terpencil sejak permulaan kehamilannya.

Saya kerap tertanya-tanya mengapa Elisabet memilih untuk menyembunyikan diri jauh lebih awal daripada kebiasaan budayanya. Saya tertanya-tanya sama ada Elisabet rasa adalah perlu untuk menyiapkan hatinya untuk rancangan Allah. Elisabet mungkin dipenuhi kesyukuran dan kekaguman sehingga dia sedar bahawa bersedia untuk menjadi ibu adalah keutamaan tunggal hidupnya.

Saya dapat menggambarkan tangisan pada pipi berkedutnya semasa dia berdoa, "Tuhan! Suatu mukjizat! Mukjizat bona fide yang Engkau berikan kepada kami!"

Saya tertanya-tanya, semasa Elisabet mula membuat selimut kecil dengan gembira dan menjahitkan baju bayi yang berharga dengan jarinya yang berbonjol-bonjol dan yang dihinggapi penyakit artritis, adakah hatinya berseru kepada Allah alam semesta, "Tuhan, sediakan saya untuk perkara yang Engkau sedang sediakan untuk saya!

Saya percaya bahawa semasa waktu yang senyap, tetapi dengan renungan yang menggembirakan itu, Elisabet memiliki hati yang berkelimpahan dengan kesyukuran. Dia mungkin mengubah gaya hidupnya secara bersungguh-sungguh pada masa penyediaan yang menyeronokkan ini demi menjadi ibu yang diperlukan oleh seorang pemuda yang hebat. Elisabet menyiapkan hatinya untuk hari bersalin dan berkat.

Semasa musim Natal ini, untuk apakah anda perlu menyiapkan hati anda? Adakah anda perlu mengubah sesetengah gaya hidup untuk menyesuaikan diri dengan takdir yang telah dipilih Allah buat anda? Bagi mereka yang telah dipanggil-Nya untuk pekerjaan yang besar, Dia juga memanggil mereka ke dalam hadirat-Nya.

Hari Natal adalah musim pengharapan dan mukjizat dan ia jugalah musim bersiap sedia untuk takdir Allah. Saya berdoa agar anda akan meluangkan masa pada hari ini, dan setiap hari sepanjang musim yang menakjubkan ini, untuk menyembunyikan diri dalam hadirat Allah. Daripada asyik dengan kesibukan dan keborosan, mengerekrotlah dalam kasih-Nya untuk anda dan meminta-Nya agar mendedahkan takdir-Nya bagi hidup anda.

Saya berharap anda akan berdoa dengan Elisabet, dan saya, "Tuhan, sediakan saya untuk perkara yang Engkau sedang sediakan untuk saya."
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Joy! to Your World! A Countdown to Christmas

Hari Natal adalah masa di mana kita harus menjangkakan pemasukan syurga ke dunia kita yang berdebu dan kotor. Hari Natal adalah masa yang mengingatkan kita bahawa mukjizat benar-benar berlaku, doa benar-benar dijawab dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami