Info Pelan

Bernyala: Panduan Mudah Doa yang BeraniSampel

Ignited: A Simple Guide for Bold Prayer

HARI 5 DARIPADA 6

Enam Cara Berdoa

Jika anda mencari "bagaimana berdoa" di internet, anda akan mendapat beberapa ratus, jika bukan beberapa ribu, pendapat, amalan, dan prinsip tentang doa. Tiada cara yang betul untuk berdoa, tetapi yang berikut ialah beberapa garis panduan yang berguna:


Berdoa pada Masa yang Ditetapkan dan Secara Spontan

Memanglah penting untuk menetapkan masa untuk Allah dan juga waktu yang spontan. Alkitab menggalakkan kita untuk berdoa sepanjang masa (1 Tesalonika 5:17). Di mana pun anda berada, bagaimana jua, berdoalah!


Berdoa Seorang Diri dan Dengan Orang Lain

Apabila kita mengalami kesulitan mendengar suara Allah, memanglah berguna untuk berdoa bersama dengan kawan. Dalam Alkitab, kita melihat Allah menemui orang yang berdoa bersendirian (Matius 6:6), sesama sendiri (Matius 18:20), dan bersama-sama sebagai jemaat (Kisah Rasul-rasul 2:42).


Berdoa Secara Senyap dan Kuat

Ucapkan doa anda secara kuat meskipun ketika berdoa seorang diri. Tindakan ini rasa seperti perbualan sebenar, dan anda berhubung dengan lebih baik dengan kata-kata anda semasa anda memikirkannya, mengucapkannya, dan mendengarnya.


Berdoa Dengan Fikiran dan Tubuh Anda

Dalam Alkitab, kita melihat contoh orang yang berdoa tertiarap di atas lantai, bertelut, duduk, berdiri, atau dengan mengangkat tangan. Mengubah postur boleh menolong kita untuk tetap hadir dan berhubung dengan Allah dalam doa.


Berdoa Dengan Kata-kata Sendiri dan Kata-kata Orang Lain

Ada kalanya doa ialah limpahan fikiran dan keinginan kita semasa kita menyatakannya kepada Bapa; tetapi sepanjang sejarah gereja, orang percaya juga berdoa menggunakan doa yang telah ditulis oleh orang lain (kadang-kadang dipanggil liturgi). Mendoakan Mazmur atau Doa Bapa Kami ialah contoh ini dalam Alkitab.


Berdoa Semasa Anda Bernafas

Dipanggil "doa nafas" oleh banyak orang, amalan ini direka bentuk untuk menolong kita menumpukan perhatian pada frasa kebenaran daripada Kitab Suci: satu kebenaran semasa menarik nafas, kebenaran yang lain semasa menghembuskan nafas, membenarkan Roh Kudus untuk mengisi kekosongan seperti yang dijanji-Nya (Roma 8:26).


Doa:

  • Saya percaya (tarik nafas). Tolonglah ketidakpercayaan saya (hembus nafas).
  • Engkau menyertai saya sekarang ini (tarik nafas). Terima kasih (hembus nafas).
  • Saya rasa tidak dapat dilihat (tarik nafas). Terima kasih kerana Engkau melihat saya (hembus nafas).
  • Engkau mencipta tubuh saya (tarik nafas). Saya akan menghormati dan menjaga tubuh saya (hembus nafas).
  • Ini adalah susah (tarik nafas). Saya akan menunggu pekerjaan-Mu, Tuhan (hembus nafas).
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Ignited: A Simple Guide for Bold Prayer

Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk be...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.propelwomen.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami