Info Pelan

Bernyala: Panduan Mudah Doa yang BeraniSampel

Ignited: A Simple Guide for Bold Prayer

HARI 3 DARIPADA 6

Doa Memarakkan Iman Kita

Apabila kita melihat keperluan dan peluang yang besar di dunia ini, memanglah menggoda untuk menjauhkan diri daripada semua itu atau berfikir bahawa kita harus cepat-cepat menyelesaikannya. Namun, kita mahu memberikan respons taat dan beriman serta melakukan apa yang Yesus arahkan kita untuk lakukan semasa berdepan dengan cabaran "tuaian sungguh banyak, tetapi penuai hanya sedikit", iaitu berdoa dahulu. Kita berdoa dengan berani dan tidak henti-henti agar pemilik tuaian akan melakukan apa yang telah dijanji-Nya: Menghantar pekerja. Menggerakkan kita.


Doa membebaskan kuasa, hadirat dan pemeliharaan-Nya dalam hidup kita.


Sungguh menghairankan bahawa kita boleh mengucapkan, "Ya Bapa kami," seperti yang tercatat dalam Matius 6:9. Allah suci dan menakjubkan dalam setiap cara, namun Dia jugalah Bapa kita, yang bukan sahaja menjemput kita untuk bercakap dengan-Nya malah mendekati takhta kasih kurnia-Nya (Ibrani 4:16). Allah mengasihi kita dengan kasih abadi — sehinggakan Dia mengutus Anak-Nya kepada kita (Yohanes 3:16).


Semasa kita berdoa kepada Allah dalam nama Yesus, kita tidak berdoa kepada kuasa kosmos yang tak peribadi atau tidak berminat. Dia telah menghitung setiap helai rambut di kepala anda. Dia mengetahui takdir anda sebelum anda menarik nafas pertama anda. Dia telah memilih anda dan berkenan akan anda. Demikian banyaklah Dia mengasihi anda, dan itulah sebabnya Dia mendengar sungguh-sungguh ketika anda berdoa!


Semasa kita terikat untuk berdoa untuk tuaian Kerajaan yang sungguh banyak, menyatakan keperluan dunia dan keperluan diri, Allah memarakkan iman kita. Roh-Nya bekerja dalam diri kita, melalui kita, dan ke arah kita semasa kita berdoa, mengingatkan kita bahawa kita merupakan lebih daripada pempetisyen yang taat di hadapan-Nya, kita ialah rakan yang dikasihi-Nya.


Doa:

Bapa, terima kasih kerana Engkau mengasihi saya dan mendengar saya semasa saya berdoa. Terima kasih kerana Engkau menjawab dengan kuasa, pemasaan, dan kebaikan yang sempurna. Saya menyerahkan kepada-Mu orang dalam keluarga dan komuniti saya yang tidak mengenali-Mu dan memohon agar Engkau menghantar orang ke dalam hidup mereka untuk mengkhabarkan Yesus kepada mereka. Saya berdoa agar Engkau akan memberikan saya kebijaksanaan dan keberanian di mana pun Engkau memanggil saya untuk berdoa atau berucap tentang apa yang telah Engkau lakukan. Amin.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Ignited: A Simple Guide for Bold Prayer

Doa merupakan suatu hadiah, peluang yang menakjubkan untuk berhubungan dengan Bapa syurgawi kita. Dalam pelan 6 hari ini, kita akan mendapat tahu tentang perkara yang diajar oleh Yesus berkenaan doa dan diilhami untuk be...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.propelwomen.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami