Berdoa Sepanjang KerisauanSampel

Praying Through Anxiety

HARI 7 DARIPADA 7

Pilih tumpuan anda, dan perbaharui fikiran anda

Demi kesenangan anda, yang berikut ialah lima ayat Alkitab yang disebut semalam. Baca semuanya sekali lagi hari ini. Sudahkah anda menyalinnya? Hafal semuanya! Tambahkan ayat lain daripada pelan ini yang menarik perhatian anda.

Bila-bila anda tergoda untuk mula berasa risau, doakan ayat tersebut kepada Allah.

Peringatan: Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu. (1 Petrus 5:7 BM)

Peringatan: Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan. (Filipi 4:13 BM)

Doa Hari Ini:

Tuhan, terima kasih kerana Engkau memberikan saya kekuatan untuk menghadapi semua keadaan—termasuk kerisauan. Saya berdoa agar bila-bila saya rasa risau menyelinap masuk, saya akan menemui kekuatan dalam kebenaran Firman-Mu. Semoga firman-Mu memenuhi saya dengan harapan ketika saya berasa risau. Moga-moga kebenaran-Mu memancarkan cahaya pada kegelapan ketakutan dan kesedihan. Harap-harap kebenaran-Mu menghapuskan setiap bohong, setiap fikiran yang tidak datang daripada-Mu. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin.

Apakah langkah seterusnya?

Jika anda mendapati pelan ini membantu, sertailah komuniti doa American Bible Society. Marilah kita berdoa bersama-sama supaya orang lain yang berkeperluan akan menemui harapan dalam Firman Allah. Daftar di abs.bible/prayer.

Perihal Pelan

Praying Through Anxiety

Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada American Bible Society kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://americanbible.org/prayer/