Berdoa Sepanjang KerisauanSampel

Praying Through Anxiety

HARI 3 DARIPADA 7

Apabila Kebimbangan Tidak Dapat Dikawal

Alkitab sering menyebut kerisauan. Mungkin disebabkan kita banyak menghabiskan masa berasa risau. Kajian 2022 American Psychiatric Association menunjukkan bahawa tahap kerisauan keseluruhan bertambah setiap tahun, dengan dua daripada lima orang yang menilai kesihatan mental mereka sebagai lemah.

Adakah tahap kerisauan anda bertambah juga?

Tekanan hidup menarik kita ke arah kerisauan akan masa depan bila-bila kita tidak menjaga hati kita. Kerisauan senang tercetus. Jika tidak dicelah oleh hubungan berterusan dengan Firman Allah dan doa, kerisauan boleh bertambah buruk menjadi kerisauan yang melemahkan badan. Semakin risaunya kita, semakin keadaan itu merisaukan kita!

Walau bagaimanapun, Yesus mempunyai beberapa fikiran yang kuat dan berharapan tentang kerisauan untuk kita hari ini. Dia menjelaskan bahawa kita tidak harus risau. Dia menggalakkan kita untuk menyerahkan kerisauan kita kepada-Nya (1 Petrus 5:7). Dalam Khutbah di atas Bukit, ajaran Yesus yang paling panjang dan paling terperinci dalam Injil, Dia mengatakan demikian sebanyak lima kali.

Panggilan "jangan takut" ditemui 365 kali dalam Alkitab. Mengetahui kecenderungan kita untuk risau, mungkin Allah ingin mengingatkan anda bahawa setiap hari dalam setahun itu anda boleh mempercayai-Nya untuk mengendalikan ketakutan anda.

Apakah yang mencetuskan kerisauan anda? Yesus berkata kita harus mengutamakan apa yang Allah jangkakan daripada kita lebih daripada segala hal yang lain. Dia berjanji bahawa Allah akan mengendalikan segala sesuatu yang lain (Matius 6:33).

Bagaimanakah pendekatan ini berbeza daripada cara hidup anda sekarang ini? Renungkan semula. Apakah yang dirisaukan hari ini? Apakah yang dirisaukan minggu lepas, bulan lepas, ataupun tahun lepas? Adakah apa-apa yang telah berubah? Apakah yang anda belajar daripada Firman Allah yang akan menolong anda supaya tidak risau jika keadaan tidak berubah serta-merta?

Yang berikut ialah beberapa langkah tindakan untuk menumpukan perhatian anda pada Allah sepanjang hari ini dan setiap hari sepanjang tahun ini:

  • Baca Matius 6:25-34. Bagaimanakah petikan ini berbicara kepada anda tentang kerisauan peribadi anda? Apakah kerisauan yang menuntut perhatian anda? Serahkan setiap kerisauan tersebut kepada Allah.
  • Jika Yesus berdiri di depan anda sekarang ini dan memberitahu anda bahawa Dia akan memenuhi setiap keperluan anda, bagaimanakah perasaan anda? Berdiam di hadapan Tuhan dan berdoa semasa anda merenungi petikan hari ini.
  • Tunggulah secara senyap dalam kehadiran Allah. Terimalah kurnia kedamaian-Nya menggantikan ketakutan anda. Bagaimanakah perasaan anda jika anda membawa kedamaian ini sepanjang hari ini?

Doa Hari Ini:

Tuhan, jika kerisauan ialah acara Olimpik, saya akan memenangi pingat! Ajarlah saya agar tidak risau atau lupa akan gambaran besar kasih-Mu dan tujuan-Mu untuk hidup saya. Ketakutan membuat saya rasa terjerat, tetapi hari ini, saya ingin menukar kerisauan saya dengan kedamaian-Mu. Yakinkan hati saya hari ini tentang kasih dan pemeliharaan-Mu yang kekal untuk setiap keperluan saya. Dalam nama Yesus. Amin.

Perihal Pelan

Praying Through Anxiety

Kerisauan boleh mula menular masuk ke dalam hidup kita pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kerisauan harus kekal! Walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang ini, anda boleh mengatasi kerisauan dan kesannya yang membinasakan semasa anda berhubung dengan Allah dalam doa melalui janji-Nya yang berkuasa dalam Alkitab. Sertai kami sepanjang beberapa hari seterusnya semasa kami mengorak langkah untuk memutuskan pautan kerisauan ke atas hidup kami dan menerima kedamaian daripada Firman Allah.

More

Kami berterima kasih kepada American Bible Society kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://americanbible.org/prayer/