Info Pelan

Tuntunan IlahiSampel

Divine Direction

HARI 5 DARIPADA 7

Melayani

Melayani orang lain tidak biasa buat saya. Saya bersifat mementingkan diri. Saya suka cara saya. Ia bukanlah sesuatu yang membanggakan, tetapi malangnya, ia adalah benar.


Saya tidak bersendirian. Semua daripada kita bersikap sedikit mementingkan diri. Mementingkan diri memang sifat semula jadi manusia. Pertimbangkan: anda tidak perlu mengajar kanak-kanak untuk mementingkan diri. Menurut Yesus, kehidupan bukanlah tentang kita, namun, segala sesuatu dalam budaya kita (termasuk kedai burger itu) cuba memberitahu kita bahawa kita harus buat sesuka hati.


Salah satu cara terpantas untuk melupakan Allah adalah dipenuhi "diri." Yesus mengucapkan kata-kata yang agak jelas kepada mereka yang ingin mengikut-Nya. Dia berkata, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku." Matius 16:24 BM


Allah mahu kita untuk ikut cara Dia. Dia tidak bercakap tentang daging tambahan, tanpa sayur.


Bercakap tentang makanan, Yesus membuat pernyataan yang harus membuat kita berhenti sejenak sebelum membuat pesanan burger seterusnya. "Makanan-Ku … melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku, dan menyelesaikan pekerjaan yang diserahkan-Nya kepada-Ku." Yohanes 4:34 BM


Bayangkan berupaya mengatakan, "Makanan saya adalah melayani Allah. Makanan saya adalah menyenangkan hati-Nya. Makanan saya adalah menyelesaikan tugas yang diserahkan kepada saya oleh Allah. Makanan saya adalah melakukan kehendak Bapa saya dan menyelesaikan pekerjaan-Nya." Itu merupakan makanan yang berbeza. Itulah kehidupan dengan tuntunan ilahi.


Apabila budaya kita mengatakan, "Kenyangkan diri," Allah memberitahu kita untuk mengenyangkan orang lain.


Apabila orang di sekeliling kita berkata, "Ambil sebanyak yang mungkin! Ia adalah tentang kamu," Allah mahu kita untuk menyumbang dan bukannya menghabiskan. Apabila budaya kita mengatakan, "Kenyangkan diri," Allah memberitahu kita untuk mengenyangkan orang lain. Allah tidak mencipta kita untuk menjadi penerima. Dia mencipta kita untuk menjadi pemberi. Daripada menumpukan perhatian pada keinginan kita, kita dipanggil untuk menumpukan perhatian pada keperluan orang lain. Daripada bergerak ke depan barisan, kita dipanggil untuk tunggu di hujung barisan. Allah telah mencipta kita untuk melayani.


Kehidupan demikian akan mengubah kisah anda.


Pertimbangkan. Cerita yang gemar dikenangkan adalah cerita di mana anda telah membantu jiran anda, melibatkan diri di gereja, atau memberikan sesuatu. Itu disebabkan kita telah dicipta untuk melayani sebagaimana yang dilakukan Yesus di dunia ini. Keputusan untuk melayani mungkin tidak biasa buat anda. Ia tidak selalunya biasa buat saya. Namun, saya sedar melayani bukanlah sesuatu yang kita lakukan. Kita telah dipanggil untuk menjadi hamba. Semasa kita melayani, kita menjadi seperti Kristus.


Doa: Allah, bagaimanakah Engkau memanggil saya untuk melayani? Siapakah yang Engkau memanggil saya untuk melayani? Di manakah Engkau memanggil saya untuk melayani?


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Divine Direction

Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda menjadi pakar membuat pilihan tersebut? Dalam Pelan Alkitab Tuntunan Ilahi, penulis yang bukunya terlaris dalam daft...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami