Info Pelan

Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

HARI 7 DARIPADA 7

HARI 7

DUDUK DALAM KEHENINGAN: KEBENARAN UNTUK KELUAR

Apakah yang berlaku apabila "tempat sunyi" anda tidaklah tenang? Apakah yang berlaku apabila anda terperangkap di tempat yang tidak menyenangkan? Berkemungkinan perkahwinan yang buruk, pekerjaan yang teruk, persahabatan yang tidak diinginkan, anak yang bermasalah, atau keluarga gereja yang menyeleweng. Semua ini merupakan dugaan yang kita perlu hadapi dan dugaan yang dibenarkan oleh Allah untuk terus dihadapi.


Banyak antara kita mengalami dugaan, dan kita ingin melepaskan diri secepat mungkin. Allah tidak selalu membenarkan kita untuk berbuat demikian. Meskipun ketika dugaan, kita tidak berkuasa untuk keluar. Kita perlu berdoa dan menantikan Allah untuk menunjukkan arahnya. Apabila Allah tidak menjawab, ini bukanlah kebenaran kita untuk pergi.


Kita tidak suka berasa tidak selesa dan fikir Allah harus menyelamatkan kita sebaik sahaja kita berasa tidak senang hati. Kita suka berfikir bahawa Allah tidak hadir dalam keadaan yang tidak menyenangkan, tetapi itulah tempat terbaik untuk menjumpai Dia. Waktu terdekat saya dengan Dia berlaku semasa saya terperangkap di tempat sunyi yang tidak menyenangkan, mencari-cari Allah sepenuh hati. Ya, kita boleh membantutkan dugaan dengan meninggalkan Gereja, hubungan, atau pekerjaan, tetapi jika kita berbuat demikian, kita mungkin terlepas alat yang diperlukan untuk tujuan masa depan.


Jika Allah telah menyatakan janji bagi hidup anda, ingatlah bahawa ada alat yang anda perlukan untuk melaksanakan janji itu. Jika anda bersabar semasa dugaan dan pergolakan, anda akan menang. Benarkan Allah untuk memberikan anda alat yang diperlukan untuk memenuhi janji anda. Kekal dalam keheningan sehingga Allah menunjukkan arahnya. Jika anda berada di tempat yang tidak menyenangkan semasa menantikan perintah Allah, terus berdoa dan tetap setia terhadap Allah, mempercayai bahawa Dia akan menyelamatkan anda mengikut masa-Nya.


Semasa kita mengakhiri pelan ini, walau apa pun "tempat sunyi" yang Allah tempatkan anda sekarang ini, bertekadlah untuk duduk dan menantikan suara-Nya. Jangan bimbang, jangan mempercayai suara lain selain suara-Nya, dan jangan bergantung pada pemahaman anda, kerana apabila tiba waktunya, Dia akan berbicara.


Hari 6

Perihal Pelan

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk me...

More

Kami bersyukur kepada Jessica Hardrick kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jessicahardrick.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami