Info Pelan

Duduk dalam Keheningan: 7 Hari untuk Menantikan Janji AllahSampel

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

HARI 5 DARIPADA 7

HARI 5

DUDUK DALAM KEHENINGAN: MENANTIKAN TUJUAN

Daud dilantik sebagai raja antara umur 16-19 tahun, tetapi ia berumur 30 tahun semasa ia memerintah Israel secara rasmi. Antara umur 23 dan 30 tahun, Daud menghadapi kemurkaan raja Saul dan banyak kesukaran, tetapi ia tetap setia dan menantikan tujuan yang telah dijanjikan kepadanya oleh Allah.


Dalam kerajaan Allah, kita tidak selalu mendapat apa yang diinginkan, dan tidak pada waktu kita inginkannya. Menunggu ialah bahagian yang penting dalam hidup yang dipanggil oleh Allah sementara kita menjadi matang dalam Kristus. Penantian menyediakan kita untuk tujuan, menguatkan iman kita, dan mengajar kita ketabahan.


Allah tahu sebagai Raja, Daud memerlukan kemahiran tertentu, ketabahan, dan pengetahuan untuk memimpin secara berkesan. Saya percaya Allah memberikan Daud apa yang diperlukannya sebagai raja sepanjang tempoh itu.


Anda berkemungkinan perlu bersedia untuk tujuan yang telah diberikan kepada hidup anda. Sementara anda rasa bersedia untuk berjalan menurut panggilan anda, Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh panggilan anda, maka percayalah Dia. Semasa anda rasa Allah telah memanggil anda untuk melakukan sesuatu tetapi tidak faham mengapa itu tidak terlaksana lagi, ingatlah bahawa Dia mungkin sedang melatih anda seperti yang dilakukan-Nya untuk Daud. Bersikap taat, setia, sabar, dan tekun di hadapan tujuan itu. Allah sentiasa mempunyai rancangan yang lebih baik daripada rancangan kita; berdoalah hari ini agar hati anda berserah kepada rancangan dan kehendak sempurna-Nya.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Sitting in the Still: 7 Days to Waiting Inside of God’s Promise

Ada kalanya kita menerima janji Allah, tetapi kita tidak melihat diri kita selaras dengan janji yang diberikan oleh Allah itu. Ataupun, kadang-kadang kita berada di persimpangan hidup kita, bergantung pada Allah untuk me...

More

Kami bersyukur kepada Jessica Hardrick kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://jessicahardrick.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami