Info Pelan

Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel

Harvest Thanksgiving All Year Round!

HARI 6 DARIPADA 7

JANGAN MALU-MALU UNTUK MENUNDUKKAN KEPALA UNTUK MENYATAKAN KESYUKURAN

Saya dilatih sejak kecil untuk menundukkan kepala dan mengucapkan syukur kepada Allah sebelum makan. Sehingga hari ini, 77 tahun kemudian, meskipun di restoran, saya menundukkan kepala untuk menyatakan kesyukuran kerana makanan yang dihidangkan.


Saya mungkin salah, tetapi saya rasa ini jarang diamalkan sekarang ini. Saya tidak menilai; cuma ingin berkongsi pemerhatian saya. Hati saya rasa senang bila saya melihat orang lain menyatakan kesyukuran tanpa segan kerana apa yang telah diberkati. Salah satu sebab amalan ini tidak diamalkan seperti dulu ialah orang sekarang ini adalah sangat sibuk sehinggakan keluarga jarang makan bersama-sama.


Timotius mengingatkan kita tentang guru yang memaksakan doktrin dan peraturan mereka pada orang lain. Ayat sebelum ini memberitahu kita bahawa sesetengah orang akan mengajar kita agar menahan diri daripada makanan tertentu dan daripada berkahwin."Setiap ciptaan Allah itu baik, dan tiada suatu apa pun yang harus ditolak, asalkan diterima dengan 'syukur', kerana segalanya telah disucikan dengan firman Allah dan doa." 1 Timotius 4:4-5

Semasa Yesus memberi makan kepada orang yang banyak, perkara pertama yang dilakukan-Nya ialah menengadah lima ketul roti dan dua ekor ikan itu ke langit dan mengucap syukur kepada Allah sebelum membahagikan makanan itu. Dia melakukannya lagi semasa Dia memberi makan kepada banyak orang dengan tujuh ketul roti dan ikan.


Mengambil masa dan menggunakan peluang lain untuk menunjukkan kesyukuran kita kepada Tuhan membantu pembinaan roh yang penuh kesyukuran.

Saya tidak menjangka orang lain untuk mengucapkan terima kasih kepada saya apabila saya melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, tetapi jika mereka tidak mengambil masa untuk menunjukkan penghargaan mereka, saya tertanya-tanya jika mereka menghargai berkat itu. Demikianlah dengan Allah; semoga-moga Dia tidak meragui kesyukuran kita.


Semasa saya menulis tentang berdoa untuk makanan kita di tempat awam, ketahuilah bahawa ini bukan suatu persembahan. Meskipun tindakan ini melayani orang lain yang melihat kita menundukkan kepala sebelum makan, kita tidak berdoa dengan kuat demi menarik perhatian orang lain.


Orang yang melihat mungkin fikir kita adalah radikal atau gila, tetapi tindakan itu mungkin merangsang jiwa mereka. Memanglah lucu bagaimana kita boleh pergi ke sekolah menengah, kolej, atau perlawanan bola pro dan bersorak kuat, tetapi kerana tidak ingin memalukan diri, kita tidak mengucapkan syukur kepada Allah alam semesta kerana berkat-Nya.


LATIHAN HARI INI:


• Jika anda sudah lama tidak berdoa sebelum makan, mulalah hari ini. Mengapa? Kerana tindakan ini bukan sahaja merangsang hati Allah, malah mengembangkan kesyukuran anda!


• Mulakan di rumah. Mulakan sendiri dan beralih kepada berdoa bersama dengan keluarga anda.


• Lama-kelamaan, anda akan mahu menundukkan kepala di restoran!


• Jika anda berkelakuan gila semasa perlawanan bola, anda boleh berkelakuan gila demi Allah!


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Harvest Thanksgiving All Year Round!

Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang an...

More

Kami bersyukur kepada Eternity Matters With Norma kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.facebook.com/eternitymatterswithnorma

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami