Info Pelan

Menuai Kesyukuran Sepanjang Tahun!Sampel

Harvest Thanksgiving All Year Round!

HARI 1 DARIPADA 7

AKAR UNTUK MEMULAKAN TUAIAN!

Pada tahun 2020, anak perempuan dan suami saya mengunjungi Grumeti, Afrika, di mana mereka berpeluang melawat sebuah keluarga di kampung itu. Keluarga itu membina pondok berumput mereka daripada lumpur dan ranting. Ibu dalam keluarga ini membina buaian untuk anaknya daripada ranting. Ia menyediakan makanan keluarga semasa melutut di atas tanah. Ia juga mengumpulkan anak-anaknya, yang bernyanyi dan berpegangan tangan, melibatkan tetamu yang tidak dikenali seolah-olah mereka semua itu ialah sekeluarga. Seluruh keluarga itu memancarkan kegembiraan dan sikap penuh kesyukuran seolah-olah mereka memiliki seluruh dunia!


Saya berkongsi pengalaman ini dengan anda kerana ini merupakan cara yang baik untuk menyedari bahawa kesyukuran dan sukacita tidak bergantung pada keadaan tetapi pada apa yang terkandung dalam hati kita dan bagaimana kita melihat sesuatu itu. Keluarga ini cuma mengetahui gaya hidup mereka dan berpuas hati serta gembira tentang apa yang dimiliki.


Banyak antara kita di seluruh dunia ini menikmati kesenangan moden dan teknologi terkini. Kita memakan tiga hidangan makanan yang cukup setiap hari dengan kudapan antara hidangan tersebut, namun hanya segelintir orang saja yang berpuas hati.


Dari ruang batin kita yang terdalam, kita sama ada menjadi perungut dan pengadu dan memandang gelas sebagai separuh kosong, atau kita menjadi seperti keluarga kecil di Afrika ini yang memandang apa yang dimiliki dengan kesyukuran yang mendalam!


"Kamu sudah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan. Oleh itu hendaklah kamu hidup bersatu dengan Dia. Hendaklah kamu berakar umbi dalam Dia. Binalah hidup kamu, dengan Kristus sebagai asasnya. Hendaklah kamu semakin percaya kepada Kristus, seperti yang sudah diajarkan kepada kamu. Hendaklah hati kamu penuh kesyukuran." Kolose 2:6-7

Apabila kita berakar umbi dalam Kristus dan menggunakan iman yang terhasil daripada itu, kitab memberitahu kita bahawa kita melimpah dengan kesyukuran! Melimpah bermakna berlebihan, melimpah-ruah.


LATIHAN HARI INI:


· Tanyalah diri, bila kali terakhir anda menunjukkan penghargaan?


· Tanyalah diri, berapa kerap anda menunjukkan sukacita dan kesyukuran kepada orang lain?


· Mula mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana banyak berkat yang anda nikmati!


· Semoga kita penuh kesyukuran!


Hari 2

Perihal Pelan

Harvest Thanksgiving All Year Round!

Saya kagum dengan pengajaran yang dapat dipelajari daripada budaya yang lain! Sesetengah orang kelihatan kekurangan dari segi material, tetapi mereka kelihatan dipenuhi kesyukuran dan sukacita! Saya tidak tahu tentang an...

More

Kami bersyukur kepada Eternity Matters With Norma kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.facebook.com/eternitymatterswithnorma

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami