Info Pelan

Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 3 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?


Daud bernaung kepada Tuhan, menjangkakan Dia untuk mengabulkan doanya.


Apakah maksudnya?


Semasa Daud menulis Mazmur ini, ia sedang bersembunyi daripada Saul, yang berfikir bahawa Daud ingin merampas takhtanya. Setiap pagi Daud meminta pertolongan Allah, tetap menumpukan perhatian pada sifat Allah, dan menantikan pembebasan Allah. Ia mendapat tahu tentang Allah melalui kesukaran, perkara yang tidak mungkin diketahui melalui cara yang lain. Penerimaan Daud akan kedaulatan Allah dan masa-Nya menjadi sebahagian daripada hidup biasanya. Tempoh ini menambahkan pengetahuan dan pergantungannya terhadap Allah, membentuknya menjadi orang yang akan menjadi raja Israel yang paling hebat dan paling dikasihi.


Bagaimana saya harus memberikan respons?


Allah sudah mengetahui setiap kesukaran yang anda hadapi. Meskipun demikian, memanglah penting untuk membawa setiap situasi kepada-Nya dalam doa kerana tindakan itu membina iman anda dan menambahkan pergantungan anda pada Dia. Anda mungkin perlu menahan keinginan untuk mengambil tindakan sendiri semasa menunggu, tetapi manipulasi tiada tempatnya dalam kehidupan orang percaya. Sebaliknya, pilihlah untuk mempercayai sifat Dia yang anda percayai. Allah akan memberkati, melindungi dan menunjukkan perkenanan bagi anak-Nya. Seperti Daud, Tuhan mungkin menggunakan tempoh penantian ini untuk melakukan sesuatu dalam hati dan watak anda yang tidak mungkin berlaku melalui cara yang lain.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang seti...

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami