Info Pelan

Kehidupan BerintegritiSampel

A Life Of Integrity

HARI 3 DARIPADA 4

"Berkompromi Tentang Integriti Kita"



Memilih apa-apa selain kebenaran Allah menyebabkan kita berkompromi tentang integriti kita. Macam mana kecil pun kompromi itu, ia tetap melukakan hati berintegriti kita. Inilah masalahnya-kompromi menyebabkan pemberian justifikasi, dan memberikan justifikasi menyebabkan kekeliruan. Perkara yang hitam dan putih mengabur menjadi kelabu, dan kita memberikan alasan mengapa kebenaran Allah tidak perlu menjadi panduan kita dalam setiap situasi.



Kata-kata kita adalah sesuatu yang paling mudah dikompromikan. Dengan kata-kata kita, kita membesar-besarkan kebenaran, mengumpat, berbohong sunat, dan terlebih janji. Sesudah itu, pemberian justifikasi bermula. Bohong sunat bukanlah bohong yang betul, bukan? Lagipun, ia adalah lebih baik daripada menyinggung perasaan orang lain. Apakah masalahnya jika tiada orang yang terluka? Hitam dan putih berubah menjadi kelabu.



Kita juga boleh berkompromi tentang tindakan kita. Kita mengambil sesuatu yang kecil tanpa kebenaran, tidak merakamkan waktu makan tengah hari, atau menerima penghargaan untuk sesuatu yang tidak dilakukan. Sesudah itu, kita mula memberikan justifikasi. Kita tidak mendapat penghargaan yang wajar sebelumnya jadi… tidak apa. Mereka tidak akan perasan jika kehilangan satu, mereka mampu menampungnya. Hitam dan putih berubah menjadi kelabu.



Dengan setiap alasan, kompromi, dan justifikasi, kebenaran Allah diputarbalikkan dan kedudukannya dalam kehidupan kita diselaraskan. Allah memandang hati kita, bukannya saiz kompromi itu. Tiada lingkungan kelabu kerana kebenaran-Nya bersifat hitam dan putih.



Kompromi kita mungkin kelihatan lebih mudah pada masa ini, tetapi kebenaran Allah adalah perkara yang betul-betul memberikan hidup. Apabila kata-kata dan tindakan kita selaras dengan apa yang kita percayai, atau menyatakan perkara yang dipercayai, kita menghabiskan masa dan tenaga yang kurang mempersoalkan diri dan berasa bimbang sama ada orang lain akan mendapat tahu. Kompromi dan pemberian justifikasi mengaburkan kebenaran akan keinginan Allah terhadap kehidupan anda. Pilihlah kebenaran meskipun pada waktu yang menyusahkan dan sukar.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

A Life Of Integrity

Adakah anda mengatakan apa yang anda maksudkan dan memaksudkan apa yang anda katakan? Adakah tindakan dan kata-kata anda selaras dengan apa yang anda katakan dan percayai? Dalam masyarakat hari ini, adalah sukar untuk me...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Markey Motsinger kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut sila layari: markeymotsinger.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami