Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Orang-orang Yehuda bakal diserang oleh musuh yang besar dan kejam. Mereka telah berkumpul di Rumah Allah untuk berdoa dan meminta pertolongan Tuhan. Dengan penantian yang genting, seluruh populasi negara ini menanti Firman daripada Allah. Adakah mereka semua akan dibunuh? Adakah rumah-rumah mereka akan dibakar dan dirampas? Adakah isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka akan diperkosa?
Tiba-tiba, Roh Tuhan datang kepada Yahaziel, Lewi dari bani Asaf. Yahaziel adalah seorang pemimpin puji-pujian! Keluarganya telah memimpin puji-pujian selama sekurang-kurangnya 6 generasi dan di persimpangan sejarah ini, Allah berkata kepada Yahaziel, "Janganlah kamu takut! Allah akan menanganinya! Kamu tidak perlu khuatir sebab Allah yang akan berperang untuk kamu! Kamu cuma harus menguatkan imanmu!"
Perkataan yang sama ini terus memberi kesan berpanjangan dari bibir Yahaziel ke hati anda. Allah berada di sisi anda dan Dia akan berjuang untuk anda hari ini! Allah yang sama yang telah membuka Laut Merah berada di sisi anda. Allah yang membunuh Goliat dengan tangan Daud akan berjuang untuk anda! Allah yang sama yang telah menutup mulut singa untuk Daniel bertanggungjawab dalam kehidupan anda.
Dan seterusnya, apakah yang dilakukan Raja Yosafat? Dia sujud di hadapan Tuhan dan menyembahNya. Bunyinya seperti nasihat yang baik untuk saya ... bagaimana pula dengan anda? Apabila anda berhadapan dengan musuh yang datang melawan hidup anda, anda mungkin mahu melakukan seperti apa yang diperbuat oleh raja duniawi ini ... dia bersujud di hadapan Tuhan dan menyembahNya. Jika itu cukup baik untuk Yosafat ... itu juga cukup baik untuk anda. Ini tiada kaitan langsung sama ada anda adalah dari gereja Baptis atau Pentakosta ... Lutheran atau Karismatik ... Episkopal atau Holy Roller! Saya berniat untuk meluangkan waktu dalam kehidupan saya setiap hari di dalam penyembahan yang tulus. Inilah posisi kekuasaan dan kemenangan! Ketika anda berjuang dalam pertempuran yang lebih besar daripada anda, ini adalah posisi yang strategik bagi mereka yang mengetahui bahawa mereka dicipta untuk mengatasinya!
Dan akhirnya, apakah yang Yosafat lakukan? Dia berdiri dan memuji Tuhan dengan suara yang nyaring! Saya sedang mendengarkannya ... adakah anda sanggup untuk memuji bersama Yosafat? Biarkanlah pujian tersebut bergema ... kita bakal menang!

Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com