Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 15 DARIPADA 31

Yosafat membuat 2 pilihan yang sangat bijak dalam petikan kitab. Kita harus memperhatikan pilihan hidup pemimpin muda ini supaya kita juga, boleh memenangi setiap pertempuran yang ditetapkan oleh musuh kita.

Pertama sekali, Yosafat meminta pertolongan daripada Tuhan! Dia tidak pergi kepada rakan karibnya ... google apa yang Oprah katakan tentang itu ... dia tidak meletakkan pos di Facebook tentang apa yang dia alami ... atau membeli New York Times. Yosafat pergi kepada Tuhan ketika dia sedang berhadapan dengan musuh dan anda juga harus begitu!

Bagaimanakah kita melakukannya? Kita pergi kepada Firman Allah dengan pertempuran kita. Jika pertempuran anda ialah depresi, lihatlah apa yang Alkitab katakan tentang depresi dan tentang sukacita. Jika anda berada dalam pertempuran fizikal dengan penyakit, lihat dalam konkordans dan baca semua ayat tentang penyembuhan dan doa yang boleh anda cari. Jika anda sedang berhadapan dengan hutang yang banyak, lihatlah apa yang Alkitab katakan tentang penyediaan, pemberian dan persepuluhan.

Pilihan kedua yang terbaik dilakukan oleh Raja Yosafat adalah dia tinggal di rumah Tuhan. Jangan benarkan pertempuran anda membawa anda keluar daripada gereja atau jauh daripada persahabatan dengan umat Allah! Terlalu ramai umat Kristian yang berhenti ke gereja apabila mereka depresi, tertekan atau sakit. Anda perlu berada dalam rumah Allah agar anda dapat melawan pertempuran anda melalui cara Allah!

Jika kehendak hati anda ialah ingin menjadi Kristian yang dipenuhi dengan sukacita syurga, maka anda akan mengubah hidup anda dengan mencontohi Yosafat dan anda akan pergi kepada Firman Allah untuk jawapan anda. Anda juga akan, seperti Yosafat, menikmati kehadiran Allah yang ditemui di rumah Allah.

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com