Sukacita yang MenggoncangkanSampel

Sukacita Tuhan adalah benar-benar kekuatan anda dan iblis tahu jika dia boleh mencuri kekuatan anda, dia akan menjadikan anda seorang Kristian yang lemah, mengeluh dan tidak efektif.
Tahukah anda bahawa iblis bukannya menginginkan kesihatan anda? Sedarkah anda bahawa Syaitan tidak kisah tentang perkahwinan anda atau kewangan anda? Dan anak-anak anda tidak bermakna apa-apa kepada iblis! Apa yang iblis inginkan ialah sukacita anda dan cara iblis mencuri sukacita anda adalah dengan mengejar kesihatan anda, perkahwinan anda, kewangan anda dan anak-anak anda.
Iblis tahu bahawa dia tidak boleh menafikan anda daripada keselamatan anda atau pengampunan yang Yesus telah berikan kepada anda. Apa yang iblis ingin cuba mencuri ialah komoditi yang paling berharga yang dia mampu untuk dapatkan ke dalam tangannya yang tamak. Syaitan tidak mempunyai belas kasihan dan dia akan melakukan apa sahaja yang dia boleh untuk berbohong kepada anda dan akhirnya memperdaya anda keluar daripada sukacita anda.
Pada hari ini, biarlah saya mencabar anda untuk berdiri menentang ... bersemuka dengan penuduh saudara-saudara dan menyatakan kepada mukanya yang buruk, "Syaitan ... kau tidak boleh!! Kau tidak akan boleh!! Kau tidak akan boleh mengambil sukacita daripada saya!"
Apabila anda memilih untuk menentang musuh dengan sukacita yang Yesus telah berikan kepada anda melalui kematianNya, anda akan menjadi tenaga yang berkuasa dalam dunia pada hari ini. Allah boleh menggunakan umat Kristian yang bersukacita, yang cukup berani untuk tetap bersukacita tidak kira apa juga yang berlaku dalam keadaan mereka.

Perihal Pelan

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com