Info Pelan

Dahaga akan TuhanSampel

Hungry for God

HARI 2 DARIPADA 3

Hanya Tuhan yang Dapat Memuaskan



Sebagai makhluk rohaniah yang kekal di dalam tubuh fana yang sementara, kita telah dicipta untuk menyembah. Dibentuk menurut gambar Allah, kita ingin sekali berhubung dengan Dia yang telah mencipta kita dan yang paling mengenali kita, sama seperti anak-anak ingin sekali berhubung dengan ibu bapa mereka. Kita inginkan rasa kekitaan dan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang bermakna dan penting, suatu tujuan yang melewati ego, status, kekayaan, dan kemasyhuran kita sendiri. Kita mahu memenuhi tujuan Allah mencipta kita, memberikan diri untuk melayani supaya orang lain dapat merasai kasih, rahmat, kedamaian, sukacita, dan berkat-Nya yang kelimpahan. 



Mencari makanan seperti ini untuk jiwa kita tidak bermakna kehidupan kita akan menjadi senang, selesa, atau bebas daripada penderitaan. Sebaliknya, semakin kita sedar akan keinginan kita untuk mengasihi, melayani, dan mentaati Allah, semakin kita kerap mengalami akibat hidup di dunia yang berdosa dengan orang yang berdosa. Sebenarnya, Yesus merangkumi orang tersebut dalam senarai berkat-Nya yang biasanya disebut sebagai ucapan Kebahagiaan, sebahagian daripada khutbah-Nya di atas Bukit: "Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan" (Mat 5:6, AVB). 



Daripada menunggu, menderita, dan mempercayai Tuhan, sering kali menggoda untuk bertindak sendiri apabila kita berasa sepi. Daripada mengikut Yesus dan mendekati Allah untuk makanan rohaniah, kita tunduk kepada godaan dan mencari kepuasan segera. Saya mengesyaki banyak daripada pergelutan emosi kita berpunca daripada percubaan kita untuk mencari makanan rohani dalam diet duniawi. Kita mengejar matlamat, hubungan, harta, dan pencapaian yang kita percaya akan membuat kita bahagia dan puas, namun sesudah kita memperoleh semuanya kita mendapati kekosongan masih wujud dalam kita. Nabi Yesaya menyatakan dengan mudah dan secara puitis kerinduan rohani kita dan kekecewaan yang kita alami apabila percubaan kita untuk memuaskan diri gagal: 



Marilah, setiap orang yang haus, minumlah air yang tersedia. Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang, terimalah gandum dan makanlah. Mari! Terimalah wain dan susu, tanpa membayar apa-apa. Mengapakah kamu membeli sesuatu yang tidak memuaskan? Mengapakah kamu bekerja untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah firman-Ku dan turutlah perintah-Ku, maka kamu akan menikmati makanan yang terbaik.



—Yesaya 55:1-2



Seperti yang dinyatakan oleh nabi Yesaya, kita tidak dapat membeli apa-apa yang berupaya memuaskan kita sebagaimana Allah memenuhi hati kita dan menyuburkan jiwa kita. Makanan inilah yang menyentuh semua pancaindera kita semasa kita "menikmati makanan yang terbaik," dengan kesedaran bahawa kebaikan Allah benar-benar memuaskan. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Hungry for God

Pelan bacaan 3 hari yang ditulis oleh Paderi Samuel Rodriguez ini memberikan perhatian kepada kedahagaan rohani kita, dan mengakui bahawa jiwa kita memerlukan makanan dengan tetap. Tidak kira berapa kerap kita berdoa, be...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://samuelrodriguezbooks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami