Info Pelan

Dahaga akan TuhanSampel

Hungry for God

HARI 1 DARIPADA 3

Keperluan Kita Akan Makanan Rohani 



Jiwa kita memerlukan makanan rohani untuk berkembang sebagaimana badan kita memerlukan makanan untuk terus hidup. Walau bagaimanapun, hanya ada satu sumber bahan api yang dapat menyuburkan, memuaskan, memperkasakan, dan memelihara kita sepenuhnya: hubungan dengan Tuhan yang hidup. 



Satu aspek penting kelaparan semula jadi ialah cara kelaparan ini berulang dengan tetap. Badan kita memerlukan makanan dan tenaga dengan tetap dan berterusan. Hanya kerana anda lapar semalam dan memakan hidangan mewah yang memuaskan selera anda tidak bermakna anda tidak akan lapar lagi. Badan anda mencerna makanan yang anda makan, mengubahnya menjadi bahan api untuk badan anda, menyingkirkan apa yang tidak diperlukan, dan memulakan kitaran yang sama lagi. 



Kitaran kelaparan dan kejenuhan yang berulang ini nampaknya disengajakan. Apabila Tuhan menyediakan manna untuk umat-Nya dalam perjalanan mereka ke Tanah Perjanjian, Dia memberikan mereka makanan yang secukupnya untuk setiap hari. Apabila Yesus mengajar pengikut-Nya cara berdoa, Dia mengarahkan kita untuk meminta Bapa kita untuk “berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini” (Mat 6:11, BM). Kristus sendiri menyediakan makanan sedemikian semasa Dia memberkati roti dan ikan daripada bekal makan tengah hari seorang budak lelaki dan melipatgandakannya untuk memberi makan kepada lebih daripada lima ribu orang yang datang untuk mendengar ajaran-Nya (Mat 14:13-21). 



Kebanyakan daripada kita tidak lagi memburu dan mengumpulkan makanan setiap hari. Kerja kita menyediakan lebih daripada makanan harian kita. Di negara maju di dunia moden kita, banyak antara kita memiliki almari dapur yang lengkap, bilik makanan, peti sejuk dan petak sejuk beku yang dipenuhi dengan makanan yang telah diawet untuk melanjutkan kesegarannya. Sesetengah barang seperti kacang kering, kekacang, bijirin, dan beras serta makanan dalam tin dianggap sebagai "makanan tahan lama" kerana boleh disimpan selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. 



Semasa pandemik COVID-19, banyak orang menyimpan stok makanan kerana takut kedai dan pengeluar makanan mungkin kekurangan stok. Barang tahan lama lebih mahal sedikit kerana tiada sesiapa yang tahu berapa lama bekalan makanan mungkin terganggu. Tidak dapat pergi ke kedai untuk mendapatkan bahan yang diinginkan atau makan di restoran kegemaran kita, kita mencari alternatif dengan apa yang tersedia. Sekali lagi, banyak antara kita menyedari satu lagi kemewahan yang biasa terlepas perhatian kita. 



Apabila kita mempertimbangkan kelaparan rohani kita, kita menyedari bahawa jiwa kita memerlukan makanan dengan tetap. Tidak kira berapa kerap kita berdoa, berapa banyak petikan Alkitab yang kita kaji dan hafal, berapa kerap kita menghadiri aktiviti gereja atau melayani orang yang memerlukan pertolongan, sentiasa ada ruang untuk mendekati Tuhan. Kita boleh menghabiskan sepanjang hari, setiap hari memuji dan menyembah Tuhan, dan itu tidak akan cukup untuk memenuhi keperluan kita akan kehadiran Tuhan dalam hidup kita. 


Hari 2

Perihal Pelan

Hungry for God

Pelan bacaan 3 hari yang ditulis oleh Paderi Samuel Rodriguez ini memberikan perhatian kepada kedahagaan rohani kita, dan mengakui bahawa jiwa kita memerlukan makanan dengan tetap. Tidak kira berapa kerap kita berdoa, be...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://samuelrodriguezbooks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami