Pengiraan Detik Hari KrismasSampel

28 Days to Christmas

HARI 29 DARIPADA 29

Pada hari sebelum hari Krismas, selepas anak anda tidur, letakkan patung kecil Yesus daripada babak Natal anda ke dalam kotak yang dibalut dengan cantik. Letakkan kotak ini di hadapan semua hadiah yang lain di bawah pokok Krismas. Pada pagi hari Krismas, minta anak anda untuk membuka hadiah ini dahulu. Ucapkan syukur kepada Tuhan kerana hadiah sempurna-Nya -- Anak-Nya yang tunggal -- semasa anda meletakkan patung kecil itu ke dalam palung. Bincangkan kebenaran menakjubkan bahawa hadiah ini bukanlah untuk beberapa keluarga terpilih sahaja, tetapi untuk setiap keluarga di dunia ini -- dahulu, sekarang dan akan datang.

Selanjutnya: Raikan kelahiran Kristus apabila anda menyalakan lilin putih dan menyanyikan karol Krismas kegemaran anda. Selamat Hari Natal!

Perihal Pelan

28 Days to Christmas

Selamat datang ke Kalendar Aktiviti Adven 28 Hari Thriving Family! Jangan terlepas peluang ini untuk membongkar maksud sebenar hari Krismas dan mengeratkan hubungan sekeluarga! Aktiviti ibu bapa-anak ini telah dibentuk untuk membantu anda menumpukan musim Krismas ini pada Kristus!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Focus on the Family dan thrivingfamily.com kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.thrivingfamily.com/advent