Pengiraan Detik Hari KrismasSampel

28 Days to Christmas

HARI 25 DARIPADA 29

Guntingkan bentuk malaikat, tidak melebihi ketinggian 5 inci, daripada kertas keras yang berwarna gelap. Kemudian, bantu setiap anak untuk mengguntingkan bentuk malaikat pada kertas masing-masing. Berikan lampu suluh kepada setiap orang dan matikan lampu. Menggunakan lampu suluh anda, baca Lukas 2:8-14. Apabila sampai ke ayat 9, halakan pancaran lampu suluh pada kertas anda supaya malaikat kelihatan pada dinding. Apabila anda membaca ayat 13, minta semua orang untuk membayangi malaikat masing-masing pada dinding itu.

Malaikat ialah utusan Tuhan. Sepanjang sejarah, malaikat telah menyampaikan mesej penting kepada pelbagai orang. Namun, "sepasukan besar" malaikat mengumumkan peristiwa yang paling penting sejak permulaan dunia -- kelahiran Kristus!

Untuk maklumat lanjut, layari www.thrivingfamily.com/advent

Perihal Pelan

28 Days to Christmas

Selamat datang ke Kalendar Aktiviti Adven 28 Hari Thriving Family! Jangan terlepas peluang ini untuk membongkar maksud sebenar hari Krismas dan mengeratkan hubungan sekeluarga! Aktiviti ibu bapa-anak ini telah dibentuk untuk membantu anda menumpukan musim Krismas ini pada Kristus!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Focus on the Family dan thrivingfamily.com kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.thrivingfamily.com/advent