Info Pelan

Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 6 DARIPADA 6

Melepaskan Tangan 



Kita menemui harapan dan inspirasi daripada ibu bapa yang berpengalaman. Kita menerima harapan dan dorongan ketika keadaan menjadi sukar. Semasa kita berasa seolah-olah kita tidak mampu untuk meneruskan, Bapa Syurgawi kita berkata, “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan” (2 Korintus 12:9 AVB). Jadi, apabila kita adalah paling lemah, saat itulah kuasa-Nya bertindak dengan baik sekali. 



Satu musim yang lebih mencabar semasa mendidik anak ialah pada zaman pra-remaja mereka sehinggalah zaman remaja mereka. Pada musim inilah kita memerhatikan perubahan sikap dan merasakan mereka menjauhi kita. Walau bagaimanapun, mereka melakukan apa yang perlu demi menjadi orang dewasa yang sihat, bertanggungjawab, dan berdikari. Oleh itu, apakah satu perkara yang boleh kita lakukan? Melepaskan tangan. 



Biarlah mereka memilih dan membina otot membuat pilihan dan mengalami akibatnya. Jika anak anda yang berumur 10 tahun mahu menghabiskan wang sakunya untuk gula-gula dan tidak ada baki untuk minggu itu, lepaskan tangan anda. Ini tidak mempengaruhi rancangan keseluruhannya, tetapi ini akan mengajarnya sesuatu dalam proses itu. 



Biarlah mereka menanya soalan tentang iman mereka. Semua kanak-kanak mempunyai soalan. Mereka bertanya kerana mereka inginkan jawapan. Jangan takut untuk berkata, “Saya tidak tahu.” Jangan takut untuk mencari jawapannya. Hal yang paling penting ialah mendengar. Ingatlah, kita juga cuba menjadi pelajar anak kita dan memahami sifat mereka.



Biarlah mereka gagal dan mendapat pengajaran. Ini akan menjadi salah satu perkara yang lebih mencabar bagi anda sebagai ibu bapa. Anda mempunyai pengalaman hidup dan dapat melihat akibat yang mungkin timbul daripada pilihan mereka. Namun, bagaimana mereka akan belajar jika anda sentiasa mengawal hasilnya? Mungkin pekerjaan musim panas mereka memerlukan mereka untuk mula bekerja pada jam 6:00 pagi. Beberapa hari terlewat bangun dan menghadapi akibatnya akan membantu mereka belajar dengan lebih berkesan.



Melepaskan tangan tidak bermaksud anda berputus asa, tidak juga bermaksud anda tidak campur tangan. Ada masa untuk itu, walaupun dalam hidup anak dewasa kita. Sebelum anda berbuat demikian, tanyalah diri, “Adakah akibatnya sukar untuk diatasi?” Jika jawapannya ialah tidak, maka berdiamlah. Jika jawapannya ialah ya, maka tolaklah permintaan anak anda atau berbicara dengan penuh hormat dengan anak anda yang sudah dewasa. 



Pokoknya, sejak kita menjadi ibu bapa, kita harus memulakan proses melepaskan tangan. Ini merupakan satu proses. Ini bertentangan dengan segala sesuatu dalam diri kita kerana kita mahu melindungi mereka daripada pergelutan. Namun, moto kita sebagai ibu bapa sepatutnya, “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:13 BM). Sering kali pergelutanlah yang menghasilkan sesuatu produk yang luar biasa. Dalam diri kita, mahupun dalam anak kita.


Hari 5

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami