Info Pelan

Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 2 DARIPADA 6

Nilai Akibat 



Ketika kita mendukung anak kita buat pertama kalinya, kita berasa sangat terpesona kerana ia kelihatan sempurna. Dengan berlalunya masa, ia bertumbuh menjadi kanak-kanak bertatih, seterusnya membesar menjadi kanak-kanak, kemudiannya menjadi remaja. Tidak lama kemudian, kita akan menyedari bahawa bayi "sempurna" kita mempunyai fikiran tersendiri. Kita sedar akan sifat berdosa mereka dan tidak pasti bagaimana hendak menguruskan mereka.



Apabila anak kita melakukan kesalahan, perkara paling penting yang boleh kita lakukan ialah memastikan bahawa mereka mengetahui kita mengasihi mereka. Kemudian, berilah mereka hadiah akibat. Memang kita tidak menyukainya, tetapi kita memerlukannya. Marilah kita pertimbangkan perkara yang berikut semasa memberikan akibat kepada anak kita:



Keperluan

Galatia 6:8 mengatakan, "Jika seorang menanam menurut tabiat menusianya, dia akan menuai kematian…" Ketika anak kita membuat pilihan yang kurang baik, cara terbaik anak kita dapat belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih matang ialah menghadapi akibatnya. Sesungguhnya bernilai untuk berkembang melalui kesakitan akibat, yang dapat mencegah mereka daripada membuat pilihan yang lebih merugikan pada masa depan. Memang ada peluang bagi kita untuk menjelaskan maksud kasih kurnia dengan melepaskan mereka daripada kesilapan mereka. Namun, keadaan seperti itu seharusnya jarang berlaku. 



Kesesuaian

Soalan, "Adakah hukuman itu setimpal dengan jenayah yang dilakukan?" merupakan sesuatu yang kita harus pertimbangkan ketika memberikan akibat kepada anak kita. Kita tidak mahu memberikan akibat yang terlalu ringan atau terlalu berat. Jika anak kita berbohong dan kita menjatuhkan hukuman ditahan keluar selama sebulan, akibat itu bukan sahaja keterlaluan malah mungkin bukan pilihan yang terbaik. Sebaliknya, jika anak kita memulakan pergaduhan di sekolah dan kita mengunci permainan video mereka untuk sehari sahaja, mereka mungkin tidak akan belajar daripada kesilapan itu. Maka, kita harus bijak memilih akibat yang terbaik yang akan membantu anak kita agar tidak mengulang tindakan itu lagi.



Tempoh 

Ketika anak kita membuat pilihan yang kurang baik, kita sering kali memberikan reaksi yang berlebih-lebihan dan menghalang mereka daripada keluar untuk tempoh yang lama. Tempoh masa akibat yang harus diberikan kepada anak kita seharusnya selaras dengan umur mereka. Walaupun bagi golongan remaja, memanglah bijaksana untuk menetapkan tempoh hukuman yang singkat. Ini disebabkan semua kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mencuba semula dan melakukannya dengan betul. 



Memberikan akibat kepada anak kita ketika mereka benar-benar menyesal adalah sukar. Walau bagaimanapun, kita harus mempertimbangkan diri masa depan mereka dan bukan diri mereka sekarang ini sahaja. Galatia 6:9 mengatakan, "Janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya." Kita tidak hanya mendidik untuk kesenangan suatu waktu itu, tetapi kita harus tetap teguh dengan melatih mereka menjadi orang dewasa yang penuh hormat, bertanggungjawab, dan berdikari. Sekiranya kita mengelakkan pemberian akibat, kita merosakkan kejayaan mereka sebagai orang dewasa.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami