Info Pelan

Kepastian Ketika KetidakpastianSampel

Certainty In Times Of Uncertainty

HARI 5 DARIPADA 5

Ada api di dalam kita yang menunggu untuk dinyalakan. Api yang bertambah besar dan boleh merebak ke orang di sekeliling anda jika anda terus memarakkan api itu. Api ini adalah lebih kuat daripada ketidakpastian yang anda alami. Api ini berkuasa mengatasi kenegatifan yang menyelubungi anda sekarang ini.



Api itu, minat itu, kekuatan batin itu ditanam dalam anda oleh Allah. Minat untuk melakukan apa yang Allah cipta anda untuk lakukan, apa jua perkara itu. Kekuatan batin untuk bertahan dan menang walau siapa pun penentang anda.



Saya mungkin tidak pasti tentang apa yang akan berlaku esok, tetapi saya pasti bahawa saya perlu mengusahakan apa yang berlaku hari ini.



Saya mungkin tidak pasti tentang cara untuk mencapai matlamat saya, tetapi saya pasti tentang matlamat saya.



Saya tidak pasti BAGAIMANA saya akan berjaya, tetapi saya PASTI bahawa saya akan berjaya.



Saya pasti.



Saya sudah membuat keputusan.



Allah saya telah memberikan saya alat yang diperlukan untuk mencapai impian saya. Dia melindungi saya sejak ciptaan saya dan kehendak-Nya akan terlaksana setiap kali.



Saya tidak pasti bagaimana saya akan terselamat. Namun, saya pasti. Saya tidak tahu bila saya akan mencapai matlamat saya, tetapi saya tahu matlamat saya akan dicapai.



Saya pasti.



Walau apa pun yang sedang anda hadapi tidak setanding dengan Tuhan. Apa saja penderitaan, ketakutan, kekecewaan, tekanan, kegelisahan, atau ketidakpastian dijadikan PASTI melalui Yesus Kristus.



Semasa ketidakpastian, jangan takut. Bersikap pasti.



Untuk berhubung dengan David Villa, Klik di Sini! 



Untuk melanggan Audio Siar David, Klik di Sini! 


Hari 4

Perihal Pelan

Certainty In Times Of Uncertainty

Di tengah-tengah ketidakpastian, Allah adalah pasti! Sertai David Villa dalam pelan terbarunya yang mengetepikan ketidakpastian dan kenegatifan demi mencapai sesuatu yang lebih besar.

Kami berterima kasih kepada David Villa kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://davidvilla.me

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami