Info Pelan

Kepastian Ketika KetidakpastianSampel

Certainty In Times Of Uncertainty

HARI 4 DARIPADA 5

Segalanya tidak selalu berlaku seperti yang dirancang, tetapi kita akan selalu mematuhi rancangan Tuhan.



Walau bagaimanapun, kehidupan tidak dijalankan tanpa sebarang rintangan. Kegagalan tidak ditemui dalam rintangan ini, kegagalan ditemui apabila kita membenarkan rintangan ini menghalang kita. Jangan menjadi terlalu hampa dalam penangguhan sehinggakan anda berputus asa dalam pengejaran tujuan anda. Kita tidak boleh mengawal apa yang terjadi kepada kita, kita hanya dapat mengawal respons kita terhadapnya. Pastor Charles R. Swindoll pernah mengatakan kehidupan merangkumi 10 peratus hal yang terjadi kepada anda dan 90 peratus bagaimana anda memberikan reaksi terhadap hal tersebut.



Penetapan minda anda adalah sesuatu yang berkuasa. Saya percaya bahawa orang yang berjaya tidaklah berjaya kerana mereka adalah lebih berbakat atau lebih mahir. Orang yang berjaya menjadi berjaya kerana mereka mempunyai penetapan minda kejayaan meskipun semasa menghadapi kegagalan.



Kita mesti mempercayai proses itu, meskipun semasa melalui jalan yang lekak-lekuk. Allah sedang membina anda untuk rancangan yang telah disediakan oleh-Nya untuk hidup anda. Allah membenarkan kita untuk mengalami apa yang saya panggil "musim merenggangkan" untuk menyediakan kita dari segi mental untuk destinasi yang ditujui. 



Memiliki kepastian semasa ketidakpastian tidak bermaksud menutup mata pada apa yang sedang berlaku di sekeliling anda. Ia tidak bermaksud anda tidak rasa takut, kita cumalah manusia biasa. Ia bermaksud kita, sebagai pengikut Kristus, memilih untuk beriman di tengah-tengah ketakutan dan kenegatifan yang mengelilingi kita. Ia bermaksud meskipun rasa takut memenuhi fikiran kita, kita sedar bahawa Tuhan akan menyediakan segala sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan perjalanan kita.



Semasa ketidakpastian, Alkitab anda adalah pasti. 



Allah adalah pasti. 



Yesus telah membuat keputusan. 



Kita mungkin hidup dalam dunia yang terbatas tetapi kita melayani Allah yang tidak terbatas.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Certainty In Times Of Uncertainty

Di tengah-tengah ketidakpastian, Allah adalah pasti! Sertai David Villa dalam pelan terbarunya yang mengetepikan ketidakpastian dan kenegatifan demi mencapai sesuatu yang lebih besar.

Kami berterima kasih kepada David Villa kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://davidvilla.me

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami