Pekerjaan Berpandukan Injil Semasa Krisis COVID-19Sampel

Gospel Driven Work In The COVID-19 Crisis

HARI 4 DARIPADA 4

Saya tidak tahu tentang anda, tetapi sehingga baru-baru ini, saya selalu dengar Filipi 4:6 dan Filipi 4:8 sebagai berasingan, perintah yang sebahagian besarnya tidak berkaitan. Walau bagaimanapun, seperti yang kita lihat dalam bacaan Alkitab hari ini, dua ayat itu sandar-menyandar, dipisahkan oleh ayat 7 sahaja. Adakah itu kerana sebahagian daripada penyelesaian kepada kebimbangan kita ditemui dalam apa yang kita pilih untuk fikirkan?

Berdasarkan akal dan pengalaman kolektif kita semasa bekerja sepanjang krisis COVID-19, saya percaya jawapan kepada soalan retorik itu adalah "ya" yang bergema. Paulus mengarahkan kita untuk mengawal fikiran kita supaya Tuhan boleh membebaskan kita daripada kebimbangan kita.

Keadaan semasa kita memberikan kesaksian yang mendorong tentang kebenaran ini. 

Berita hari ini tidak baik ataupun mengagumkan. Malahan, tajuk berita hari ini dipenuhi ketakutan dan kebimbangan. 

Sudah tentu kita perlu mengetahui perkara genting yang berlaku dalam komuniti kita dan industri pekerjaan kita. Namun, itu tidak bermaksud kita perlu membaca, menonton, atau mendengar berita berjam-jam lamanya.

Jika anda mendengar audio siar saya, The Call to Mastery, anda berkemungkinan pernah mendengar saya bercakap tentang kenyataan bahawa saya menggunakan hampir-hampir sifar berita: Tiada cnn.com, tiada Twitter, tiada surat khabar, tiada MSNBC atau Fox News. Tiada apa-apa.

Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab yang nyata, baru-baru ini saya mula melihat laman web berita untuk maklumat tentang arahan penjarakan fizikal, penutupan sekolah, dsb. Maklumat ini amat relevan kepada kehidupan dan pekerjaan saya. 

Namun, semasa mencari maklumat yang penting itu, saya tersandung lalu terpijak pasir jerlus iaitu perkhidmatan berita yang paling moden, mengimbas tajuk berita yang tidak masuk akal ("Hulk Hogan: 'Mungkin kita tidak memerlukan vaksin'") kepada yang menimbulkan ketakutan ("Jumlah Kematian U.S. Menghampiri 10,000"). Sudah tentu, berita ini (sementara sedikit menghiburkan dan memberikan maklumat) sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap kehidupan atau pekerjaan saya.

Beberapa hari selepas saya kembali kepada penggunaan berita biasa, saya mengalami tahap kebimbangan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sesudah merenungkan ayat di atas, puncanya menjadi jelas kepada saya. Daripada memenuhi fikiran saya dengan Firman Tuhan dan peringatan akan janji-Nya, saya memenuhi fikiran saya dengan berita yang sebahagian besarnya tidak relevan dan menimbulkan kebimbangan.

Anda dan saya boleh menjadi orang yang dipandang oleh rakan sekerja dan kawan yang bimbang untuk harapan semasa waktu yang menguji kesabaran ini. Namun, ini tidak berlaku jika kita sendiri berasa bimbang dan lupa akan harapan kita dalam Kristus. Moga-moga fikiran kita dipenuhi perkara yang "baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat" supaya harapan injil boleh bersinar kepada orang yang bekerja dan hidup bersama kita.

Jika anda suka membaca pelan bacaan ini, anda akan suka renungan mingguan saya, yang membantu anda menghubungkan injil secara lebih mendalam dengan pekerjaan anda. Daftar di sini.

Perihal Pelan

Gospel Driven Work In The COVID-19 Crisis

Bekerja dari rumah? Terasing daripada komuniti anda? Dalam pelan 4 hari ini, anda akan membaca kitab Filipi (yang ditulis oleh Paulus di penjara) untuk menemukan perspektif alkitabiah, harapan, dan arahan tentang cara kita harus bekerja semasa krisis COVID-19.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://jordanraynor.com/covid19/