Info Pelan

Pekerjaan Berpandukan Injil Semasa Krisis COVID-19Sampel

Gospel Driven Work In The COVID-19 Crisis

HARI 1 DARIPADA 4

Keterasingan melalui pemenjaraan bukanlah sebahagian daripada rancangan Paulus. 



Pertama kali pandang, pemenjaraannya pastilah kelihatan seperti gangguan dalam usahanya untuk menyebarkan injil melalui pekerjaannya sebagai pembuat khemah dan pengkhutbah. Namun, Paulus menyatakan dengan jelas bahawa "semua perkara yang berlaku kepadaku sesungguhnya menyebabkan lebih banyak orang mendengar Berita Baik itu" (Filipi 1:12).



Bagaimana? Seperti yang dijelaskan oleh Filipi 1:13, injil berupaya bersinar sebenarnya kerana ia memberikan Paulus peluang untuk menunjukkan bahawa, tanpa menghiraukan keadaan, pada asasnya ia "dipenjarakan kerana ia hamba Kristus," dibelenggu secara rela oleh kedaulatan Tuhan.



Harapan itu dalam konteks keadaan Paulus pasti kelihatan lebih mementingkan hal-hal kerohanian kepada "semua pengawal istana." Maka, mereka juga memahami harapan injil.



Apakah aplikasi yang dapat dikenakan daripada teks ini semasa anda dan saya bekerja serta hidup berhubung dalam keterasingan relatif? Kita, seperti Paulus, mempunyai kesempatan unik untuk menunjukkan harapan injil, bukannya meskipun keadaan kita, tetapi sebenarnya kerana keadaan kita. Bagaimana?



Dengan menunjukkan keprihatinan kita, bukannya kebimbangan kita. Adakah kita mempunyai sebab untuk berasa bimbang tentang coronavirus? Sudah tentu. Adakah kita mempunyai sebab untuk berasa bimbang? Tidak sama sekali, kerana kita mempunyai "kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia" kerana Kristus dan janji-Nya untuk menebus kita dan dunia ini (Filipi 4:7). Semasa keadaan yang tidak terjamin ini, jaminan utama kita boleh menjadikan injil menarik kepada rakan sekerja, pelanggan, dan kawan kita.



Dengan menunjukkan keprihatinan luar biasa kepada orang di sekeliling kita. Sekarang lebih daripada sebelumnya, pengikut Kristus harus menjadi golongan yang menunjukkan keprihatinan luar biasa kepada rakan sekerja, melebihi "nilai" yang mereka sumbangkan kepada syarikat atau pasukan kita. Sekarang bukan sahaja masa di mana menanya soalan yang lebih peribadi tentang keluarga dan kesihatan boleh diterima, malah nyatanya bersifat berperikemanusiaan. Marilah kita menjadi rakan sekerja yang terkenal kerana mengambil berat terhadap "seluruh orang" yang bekerja bersama kita setiap hari.



Dengan berkongsi harapan kita secara tak tersirat. Dua cadangan di atas bertindak sebagai bayangan tentang injil yang menjadi motivasi utama kita untuk mengasihi orang lain, tetapi pada suatu hari kelak, kita mesti berkongsi injil dengan kata-kata kita. Sekarang adalah masa yang sesuai. Orang di pejabat maya kita dan jiran kita sangat menginginkan harapan berbanding sebelumnya. Harapan untuk dunia. Harapan untuk pekerjaan mereka. Harapan untuk diri mereka. Sebagai orang Kristian, kita memiliki vaksin rohani yang boleh memberikan harapan itu selama-lamanya. Marilah kita menjadi cukup berani untuk berkongsinya dan "mengkhabarkan berita itu tanpa berasa takut" (Filipi 1:14)!


Perihal Pelan

Gospel Driven Work In The COVID-19 Crisis

Bekerja dari rumah? Terasing daripada komuniti anda? Dalam pelan 4 hari ini, anda akan membaca kitab Filipi (yang ditulis oleh Paulus di penjara) untuk menemukan perspektif alkitabiah, harapan, dan arahan tentang cara ki...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://jordanraynor.com/covid19/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami