Info Pelan

Keyakinan dan Bukan Ketakutan Semasa PandemikSampel

Faith Instead of Fear in The Pandemic

HARI 4 DARIPADA 5

Adakah Ia Akan Memberikan Kesan Kepada Saya?


Apabila ribut melanda, reaksi kita yang paling biasa adalah berfikir bagaimana ribut itu akan mempengaruhi kita secara peribadi. Memanglah penting untuk mengingati bahawa kita tidak bersendirian, Yesus menyertai kita di dalam perahu mengharungi badai bersama-sama! Saya ingin menggalakkan anda di tengah-tengah ribut itu agar anda tetap teguh dalam iman. 



SOALAN PENERAPAN KEHIDUPAN 



  • Betul-betul jujur terhadap diri anda – pada ketika ini, betapa banyaknya kepentingan diri sendiri, naluri anda untuk pemeliharaan diri, yang menguasai fiikiran anda? 

  • Bagaimanakah anda mengaitkan diri dengan gambaran para murid (yang baru menyaksikan Yesus memberikan makanan kepada 5,000 orang) yang berapat-rapat di dalam perahu itu kerana risau akan keselamatan mereka? 

  • Bagi anda, apakah maksudnya Yesus yang mendekati anda di tengah-tengah ribut dan laut yang bergelora? 

  • Sekali lagi, berterus terang terhadap diri anda, adakah anda mengaitkan diri dengan Petrus yang melangkah ke luar perahu di tengah-tengah ribut, atau dengan sebelas orang murid yang lain? 

  • Luangkan masa untuk berdoa dan memohon agar Allah memberikan anda keberanian untuk melangkah ke luar perahu dengan beriman di tengah-tengah pandemik ini.   


 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Faith Instead of Fear in The Pandemic

Ketika ketakutan menguasai banyak hati – termasuk hati orang yang mempercayai Yesus – sudah tiba masanya untuk menyatakan pendirian. Sudah tiba masanya untuk menjadi berani dalam iman kita, untuk menyinarkan terang kasih...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Christianityworks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://christianityworks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami