Info Pelan

Keyakinan dan Bukan Ketakutan Semasa PandemikSampel

Faith Instead of Fear in The Pandemic

HARI 3 DARIPADA 5

Penutupan Berskala Besar  


Setiap orang menghadapi dan mengatasi ketakutan dengan cara yang berbeza. Kita memberikan reaksi yang berbeza dan boleh membuat orang lain berasa tidak senang hati atau menimbulkan rasa bimbang. Kita cenderung mengelak, berundur, menjauhkan diri dan mengasingkan diri daripada situasi tersebut. 



Walau bagaimanapun, Allah sudah mengetahui bahawa anda akan menghadapi situasi ini sejak anda dilahirkan … malahan sebelum itu! Ingatlah, Allah sentiasa menyertai anda semasa waktu susah. Saya ingin menggalakkan anda melalui renungan hari ini bahawa anda juga dapat menggalakkan orang di sekeliling anda yang juga bergelut dengan ketakutan.



SOALAN PENERAPAN KEHIDUPAN 



  • Bayangkan wajah orang di sekeliling anda yang memerlukan dorongan dan keyakinan di tengah-tengah pandemik ini. 

  • Adakah cara anda menjalankan kehidupan menggalakkan mereka ke arah keyakinan dalam Allah ataupun menjauhkan mereka daripada Allah? 

  • Sekarang bukalah Alkitab dan membaca Amsal 14:26–27. Apakah yang dinyatakan oleh Allah terhadap hati anda tentang cara anda boleh berkeyakinan? 

  • Sekiranya anda hidup seperti itu, apakah yang anda rasa orang lain akan perhatikan tentang anda? 

  • Apakah peluang khusus yang anda dapat berkongsi tentang harapan anda dalam Yesus Kristus kepada orang di sekeliling anda?  

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Faith Instead of Fear in The Pandemic

Ketika ketakutan menguasai banyak hati – termasuk hati orang yang mempercayai Yesus – sudah tiba masanya untuk menyatakan pendirian. Sudah tiba masanya untuk menjadi berani dalam iman kita, untuk menyinarkan terang kasih...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Christianityworks kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://christianityworks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami