AntiVirus: Bagaimana Mengharungi Tempoh Ini Tanpa GentarSampel

AntiVirus: How To Face These Days Without Fear

HARI 3 DARIPADA 3

Keberanian adalah keupayaan melakukan sesuatu yang menakutkan seseorang. Sejak penciptaan, kita membaca cerita tentang lelaki dan perempuan yang takut. Namun, kemudiannya Tuhan menanam keberanian dalam iman mereka apabila mereka berseru kepada-Nya.

Apabila anda melihat orang lain membeli banyak pensanitasi tangan, sabun dan kertas tandas, tanya diri anda, apakah daya penggeraknya? Penyorokan berlebihan berkaitan dengan kegentaran. Semangat ini mengakibatkan panik, pemencilan, kekhuatiran dan histeria. Oleh itu, apakah seharusnya menjadi respons kita sebagai pengikut Yesus dalam tempoh ketidakpastian ini?

Marilah kita berbelas kasihan dengan berani. Satu cabarannya adalah tidak mengalah kepada godaan untuk berundur atau menyendiri. Sebaliknya, bergantung pada kasih dan biarlah kasih memimpin anda menempuh tempoh ini. Kasih boleh menewaskan kegentaran!

Bagaimanakah anda boleh memberikan respons?

  • Meluangkan masa untuk mendoakan lingkungan tempatan dan lingkungan global.
  • Mempertimbangkan pembelian bekalan kesihatan dan memberikannya kepada golongan yang tidak mampu membelinya.
  • Mengucapkan kata-kata yang baik terhadap keluarga dan komuniti anda.
  • Sentiasa bersyukur.

Sekiranya kita bersatu dan terus berkasih sayang, baik hati dan murah hati, kegentaran akan kehilangan tempat bertapaknya. Doa saya buat anda adalah agar anda akan menerima keberanian untuk bersifat mesra dan berbelas kasihan, agar anda akan mempercayai Dia yang memberikan kita harapan. Dalam Yeremia 30:22, Tuhan berfirman bahawa Dia akan menjadi Allah kita, dan kita akan menjadi umat-Nya. 

Perihal Pelan

AntiVirus: How To Face These Days Without Fear

Adalah tidak mustahil untuk hidup tanpa gentar di tengah-tengah gembar-gembur dan ketidakpastian. Dalam renungan ini, Mandi Hart mendedahkan kegentaran yang boleh menghambat kehidupan anda dan sesudah itu menjemput anda untuk mengamalkan perspektif yang sihat dalam tempoh yang mencabar ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mandi Hart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://mandihart.net/