Info Pelan

AntiVirus: Bagaimana Mengharungi Tempoh Ini Tanpa GentarSampel

AntiVirus: How To Face These Days Without Fear

HARI 1 DARIPADA 3

Di seluruh dunia, orang seperti anda dan saya, ligat dengan ketidakpastian, kegentaran dan bagi sesetengah orang, kepanikan. Lebih daripada sebelumnya, dunia yang gentar ini memerlukan Tuhan yang tidak mengenal gentar.  Saya tinggal di Afrika Selatan, dan negara kami mempunyai kadar jenayah yang sangat tinggi, salah satu kadar HIV/AIDS yang tertinggi di dunia dan kegentaran berleluasa di sini.



Pertempuran terbesar yang dihadapi oleh manusia bukanlah Coronavirus; sebaliknya, adalah kegentaran yang timbul daripadanya apabila kita mendengar cerita yang menakutkan. Kegentaran adalah reaksi terhadap situasi yang dihadapi atau yang mungkin melanda kita. Ia menimbulkan respons dalam emosi dan tubuh kita di mana kita menjadi bimbang dan mungkin jatuh sakit. Dengan kata lain, kegentaran boleh mengucar-ngacirkan kehidupan kita.



Dalam Yeremia 30:5, Tuhan berkata kepadanya, "Aku telah mendengar jeritan orang yang gentar, jeritan orang yang ketakutan, yang tidak mempunyai ketenteraman." COVID-19 tidak mendapati Tuhan tidak bersedia. Meskipun ketika kita rasa terkejut, kita perlu membuat pilihan. Kita boleh meminta pertolongan daripada Tuhan dan menentukan respons kita mengikut pimpinan Roh Kudus dan Alkitab, atau kita boleh memberikan reaksi panik dan gentar.



Apakah berkenaan COVID-19 yang membuat anda rasa gentar? Kegentaran akan kontaminasi, kegentaran akan penyakit, kegentaran akan penolakan atau kegentaran akan kehilangan? Mungkin ada kegentaran yang lain. Bawalah semuanya kepada Tuhan dalam doa dan memilih untuk meletakkannya pada kaki-Nya. Jangan berpura-pura, sebaliknya membawa semua itu masuk ke dalam cahaya-Nya dan membenarkan Dia untuk menghiburkan anda dan memberikan anda kebijaksanaan.


Perihal Pelan

AntiVirus: How To Face These Days Without Fear

Adalah tidak mustahil untuk hidup tanpa gentar di tengah-tengah gembar-gembur dan ketidakpastian. Dalam renungan ini, Mandi Hart mendedahkan kegentaran yang boleh menghambat kehidupan anda dan sesudah itu menjemput anda ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mandi Hart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://mandihart.net/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami