Perjanjian Baru dalam 90 HariSampel

Pengenalan kepada Filemon
Filemon bertaubat akibat pengajaran Paulus. Ia memiliki hamba, dan berkemungkinan seorang yang kaya di gereja Kolose. Paulus menulis surat ini pada sekitar 60 TM apabila ia dipenjarakan di Roma.
Hamba Filemon, Onesimus, berkenalan dengan Paulus dan menjadi pengikut Yesus. Disebabkan Paulus akan menghantar surat kepada gereja Kolose, ia juga menambahkan surat peribadi kepada Filemon lalu mengutus Onesimus balik kepadanya. Paulus meminta Filemon untuk memaafkan Onesimus dan menerimanya sebagai saudara dalam Kristus dan bukannya sebagai hamba. Sebenarnya, Paulus juga meminta agar Onesimus diutus kepadanya kerana ia agak berguna kepada Paulus dalam pelayanannya.
Pengenalan kepada Ibrani
Ini merupakan satu-satunya kitab Perjanjian Baru yang penulisnya masih tidak diketahui. Meskipun terdapat pelbagai percubaan untuk melabelkan penulisnya, tiada seorang pun yang berjaya. Walaupun tanpa penulis yang pasti, banyak dapat dipelajari daripada kitab ini.
Disebabkan kejatuhan Yerusalem pada 70 TM tidak disebut, para sarjana mempercayai bahawa kitab Ibrani telah ditulis antara 64-69 TM. Kitab ini adalah sangat teliti dalam gambarannya tentang pelayanan keimaman Yesus Kristus, menyatakan bahawa Yesus melebihi semua orang, perkara, rancangan, impian, dan juga malaikat.
Perihal Pelan

Terokai 260 bab Perjanjian Baru sepanjang 90 hari seterusnya. Daripada injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, hingga kitab terakhir, Wahyu, Allah akan berbicara kepada anda melalui ajaran orang yang telah diubah oleh Penyelamat kita.
More