Perjanjian Baru dalam 90 HariSampel

The New Testament in 90 Days

HARI 73 DARIPADA 90

Pengenalan kepada Yakobus

Yakobus ialah saudara tiri Yesus dan juga seorang pemimpin dalam gereja di Yerusalem. Yakobus tidak mengikut Yesus sehingga selepas Kebangkitan. Walaupun ia lambat mengakui siapa Yesus itu, ia dirujuk sebagai pemimpin yang penting dalam gereja. 

Yakobus berkemungkinan menulis surat ini pada sekitar 45-48 TM, dan ia ditujukan kepada orang Kristian Yahudi. Ia memberikan langkah dan nasihat yang praktikal dalam kitab ini. Yakobus banyak menulis tentang tindakan kita dan bagaimana tindakan kita harus selaras dengan iman kita. Ia percaya bahawa iman kita harus memberikan kesan terhadap setiap lingkungan kehidupan kita dan bahawa kita harus menjadi sebahagian daripada kehidupan orang lain. 

Perihal Pelan

The New Testament in 90 Days

Terokai 260 bab Perjanjian Baru sepanjang 90 hari seterusnya. Daripada injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, hingga kitab terakhir, Wahyu, Allah akan berbicara kepada anda melalui ajaran orang yang telah diubah oleh Penyelamat kita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.