Perjanjian Baru dalam 90 HariSampel

The New Testament in 90 Days

HARI 64 DARIPADA 90

Pengenalan kepada 1 Timotius

Paulus dikatakan telah menulis kepada Timotius sekitar 63 TM. Ini merupakan siri suratnya yang terakhir, termasuk surat kepada Titus. Surat-surat ini dianggap sebagai surat-surat pastoral kerana ia memberikan kebijaksanaan pastoral yang praktikal kepada Timotius yang muda, yang menggembalakan gereja di Efesus. 

Kitab 1 Timotius dipenuhi arahan untuk kepimpinan gereja dan cara mengaturnya. Timotius menghabiskan beberapa tahun berjalan bersama Paulus dan mereka menjalinkan hubungan seperti bapa/anak. Paulus juga merujuk kepada Timotius sebagai "yang dalam iman kita kepada Kristus, bagaikan anakku sendiri" (1 Timotius 1:2). Ia menggalakkan Timotius untuk menjadi contoh yang baik melalui watak dan integritinya kerana orang Kristian yang lebih tua bergelut untuk mengikut pimpinan Timotius yang muda. 

Perihal Pelan

The New Testament in 90 Days

Terokai 260 bab Perjanjian Baru sepanjang 90 hari seterusnya. Daripada injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, hingga kitab terakhir, Wahyu, Allah akan berbicara kepada anda melalui ajaran orang yang telah diubah oleh Penyelamat kita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.