Perjanjian Baru dalam 90 HariSampel

The New Testament in 90 Days

HARI 61 DARIPADA 90

Pengenalan kepada 1 Tesalonika

Para sarjana mempercayai bahawa ini adalah surat pertama yang dituliskan oleh Paulus. Ia menulis surat ini beberapa bulan selepas berkhutbah di Tesalonika pada sekitar 51 TM. Selepas meninggalkan gereja itu, ia ingin memastikan bahawa gereja baru ini berjalan dengan lancar, lalu mengutus Timotius kepada mereka. Timotius balik dengan berita baik, yang menyebabkan Paulus untuk menulis surat ini demi mendorong mereka. 

Surat ini dipenuhi harapan tentang kepulangan semula Kristus—kedatangan kedua. Paulus mendapat galakan daripada iman mereka tetapi ia rasa ia perlu membetulkan salah faham mereka tentang kebangkitan Yesus dan kedatangan kedua-Nya. 

Perihal Pelan

The New Testament in 90 Days

Terokai 260 bab Perjanjian Baru sepanjang 90 hari seterusnya. Daripada injil Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, hingga kitab terakhir, Wahyu, Allah akan berbicara kepada anda melalui ajaran orang yang telah diubah oleh Penyelamat kita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.