Info Pelan

Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 5 DARIPADA 7

Tanda-tanda Telinga Tersumbat



Adam dan Hawa mengenali Allah secara langsung! Generasi keluarga mereka yang berikutnya juga mengenali Allah atau sekurang-kurangnya tahu siapa Dia dengan baik. Perlahan-lahan, bertahun-tahun lamanya, kebanyakan orang telah berhenti bersyukur dan mengakui Allah sebagai sumber mereka. Dosa telah bertambah.



Kebanyakan dosa hanyalah tanda-tanda dosa yang telah berurat berakar: dosa menyumbatkan telinga kita terhadap kebenaran Allah dan sebaliknya mendengar dusta. Apabila kita tidak lagi mengakui Allah sebagai Pemberi segala sesuatu yang baik, kita tidak lagi melihat dengan jelas. Kita tidak lagi berfikir dengan bijak. Kita enggan mendengar kebenaran. Bab pertama Roma menyatakan kenyataan ini dengan jelas.



Ini adalah suatu kenyataan yang serius: pada dasarnya, keengganan mendengar kebenaran bermaksud menolak Allah. Kini, sebagai orang Kristian, kita jelas menerima Firman Allah sebagai kebenaran. Namun, kita mesti pastikan telinga kita tidak tersumbat dengan mengecam dan menolak kebenaran palsu serta tetap memasang telinga mendengar suara Allah.



Juga serius adalah kenyataan bahawa orang yang menolak kebenaran kerap menarik orang lain ke dalam penipuan mereka, seperti yang kita lihat dalam bacaan hari ini dalam Kejadian. Pertimbangkan: Siapakah yang dalam risiko jika anda tidak mendengar Allah? Pasangan anda? Kawan anda? Bos anda? Anak anda? Mungkin orang yang tidak dikenali yang Allah ingin anda layani?



Saya rasa sekarang adalah masa yang baik untuk saya berhenti menulis supaya anda boleh berdoa untuk mendengar.



Tanya Bapa: Bolehkah Engkau tunjukkan setiap dusta yang dipercayai saya?


Cadangan lagu penyembahan: "No Other Name" oleh Hillsong Worship



Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriu...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami