Info Pelan

Allah Menyertai KitaSampel

God With Us

HARI 7 DARIPADA 7

Imanuel

Memanglah suatu mukjizat bahawa Allah alam semesta telah memilih untuk datang ke dunia ini sebagai bayi—keagungan dan kerendahan hati sekaligus. Memanglah mudah untuk mempersoalkan kemungkinan ini, dan itulah reaksi Maria apabila malaikat Gabriel mengkhabarkan bahawa ia akan mengandung lalu melahirkan Anak Allah.


Gabriel memberikan respons dalam Lukas 1:35 BM,  "Roh Allah akan datang kepadamu, dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah."


Lebih daripada 600 tahun sebelum perisitwa luar biasa itu, nabi Yesaya telah menyatakan berita yang sama tentang kelahiran oleh anak dara, mengkhabarkan bahawa anak lelaki itu akan dinamakan Imanuel, yang bermaksud, "Allah menyertai kita." Dengan itu, Yesaya memberitahu kita tentang aspek siapa dan apa berhubung dengan kelahiran Yesus, tetapi Gabriel-lah yang membawakan berita tentang aspek bagaimana: "Roh Allah akan datang kepadamu…Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah."


Apabila kita mempertimbangkan mukjizat "Allah menyertai kita" oleh kuasa Roh Kudus yang menaungi Maria, ingatlah untuk bersukacita bahawa, melalui Yesus, Roh Kudus masih tersedia kepada kita hari ini. Apabila Yesus menyediakan murid-murid-Nya untuk waktu Dia akan meninggalkan dunia ini, Dia memberitahu mereka bahawa memanglah baik bahawa Dia akan meninggalkan mereka, supaya mereka akan menerima kurnia dan kuasa Roh Kudus. Di dunia ini, Yesus ialah Allah sepenuhnya dan manusia sepenuhnya—Dia hanya dapat berada di satu tempat pada satu masa tertentu. Walau bagaimanapun, melalui kuasa Roh Kudus, setiap seorang daripada kita boleh mendekati-Nya pada bila-bila masa, di mana jua kita berada!


Roh Kudus yang menjadikan Maria hamil dengan Yesus, memungkinkan Dia untuk menyertai kita di dunia ini, ialah Roh sama yang Yesus kata akan datang menggantikan tempat-Nya untuk sentiasa menyertai kita. Apabila Allah mengutus Anak-Nya melalui kuasa Roh Kudus, Dia telah mewujudkan dan mengesahkan hadirat yang kekal bagi orang yang memanggil-Nya Tuhan. 


Pada hari Krismas ini, benarkan kuasa kurnia Allah yang telah lama digerakkan untuk bergema dalam hati anda. Sama ada anda meraikan dengan hadiah dan makan malam bersama orang yang disayangi ataupun mendapati diri bersedih, ketahuilah bahawa Imanuel telah datang kepada anda. Dia bukan sahaja datang untuk mengisi palungan, salib, atau kubur—Dia datang untuk hidup dalam hati anda melalui kuasa Roh Kudus-Nya yang kekal. Hadiah Krismas sentiasanya dimaksudkan untuk anda, dan Dia sentiasa menyertai anda!


Doa: Bapa, terima kasih kerana mengutuskan Anak-Mu ke dunia ini dan memberikan saya hadiah yang besar ini untuk diraikan pada musim Krismas. Sungguh menundukkan untuk menyedari bahawa Engkau sangat mengasihi saya dan bahawa Engkau mahu sentiasa menyertai saya. Roh Kudus, tolonglah saya untuk mengingati bahawa walau di mana pun saya berada, Engkau menyertai saya.


 


Hari 6

Perihal Pelan

God With Us

Hari Krismas adalah masa yang dipenuhi sukacita, menandakan kelahiran Yesus, Penyelamat kita. Terdapat banyak nubuatan sepanjang Alkitab tentang kedatangan Yesus, dan melalui renungan ini, kita akan meneliti lima nama ya...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.churchofthehighlands.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami